mineralised salt | garam dimineralkan | Veterinar | Tiada | Garam inorganik yang ditambah dengan mineral lain dan diberi makan kepada ternakan. Mineral yang ditambah bertujuan untuk mengatasi kekurangan bahan tersebut. Contohnya penambahan iodin, kobalt, kalsium dan besi. |
hypervitaminosis | hipervitaminosis | Veterinar | Tiada | Keadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan. |