night scented plant | tumbuhan harum malam | Landskap | Tiada | Tumbuhan berbunga yang menghasilkan bau pada waktu malam. Contohnya, bunga sundal malam . |
kayu malam | kayu malam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Diospyros spp. daripada famili Ebenaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buey, kayu arang, kumoi, meribut, dan kumoi bukit, dan di Sabah ialah Sabah ebony. Spesies utamakayu ini termasuk Diaspyros buxifolia, D. clavigera, D. confertiflora, dan D. durionoides.. Gubal kayu ini tidak berbeza daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Spesies yang lebih berat lebih sukar untuk dikeringkan, dan mempunyai kadar kecutan yang tinggi serta ketahanan semula jadi yang sesuai untuk perabot yang bermutu tinggi, kayu hiasan, dan panel. Kayu yang berwarna cerah pula digunakan untuk papan lapis, perabot, dan angkut. |
astronomical day | hari astronomi | Pelayaran | Tiada | Jangka masa 24 jam suria dari tengah malam ke tengah malam berikutnya. |
goodnight card | kad selamat malam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kad yang diletakkan di atas katil tetamu semasa servis malam yang biasanya disertakan dengan sekuntum bunga atau coklat sebagai tanda mengucapkan selamat malam kepada tetamu. |
radiation night | malam sinaran | Sains | Hidrometeorologi | Malam yang dicirikan oleh ketiadaan awan dan angin serta nyata terdapat padanya penyejukan bumi secara sinaran dan lapisan permukaan udara oleh pengkonduksian haba dari udara ke bumi. Ketiadaan awan memastikan terdapatnya agak sedikit sahaja sinaran pampasan yang diarahkan ke bumi. Ketiadaan angin mengehadkan penyejukan kepada lapisan nipis udara berhampiran dengan bumi dan menghasilkan suhu permukaan minimum yang rendah. Kejadian suhu udara minimum pada sesetengah keadaan pada beberapa sentimeter atas dari permukaan bumi dan bukan di permukaan bumi sendiri telah banyak dibuktikan tetapi sehingga kini tidak terdapat penjelasan yang boleh diterima. Faktor-faktor lain yang menggalakkan minimum suhu rendah pada malam sinaran ialah udara yang agak kering, kekonduksian haba bumi yang rendah, dan malam yang panjang. |
transition time | masa peralihan | Komunikasi | Korporat | Pertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana |
nightglow | teja malam | Geografi | Tiada | Cahaya malap pada waktu malam akibat sinaran daripada gelombang-gelombang ultraungu yang terionisasikan. |
nachtmusik (G) | muzik malam | Kesenian | Tiada | Karya muzik bersesuaian untuk suasana malam contoh serenata. |
nyctalopia | niktalopia/rabun malam | Perubatan | Tiada | Kekurangan daya penglihatan pada waktu malam atau dalam cahaya yang samar. |
night duty | tugas malam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tugas yang dijalankan pada waktu malam dalam keadaan tertentu. |