Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na] | مان

Definisi : 1. = yg ~ kata yg digunakan utk mena­nyakan benda dlm satu kumpulan (kelom­pok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mung-kin, mustahil: kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah me-nolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa, apa sahaja: ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebe­lumnya): kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menye-dihkan; ~ ... ~ ... baik... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~ ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas berdesak-desak pula; mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na] | مان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan sesuatu (tempat dsb): Awak hendak ke ~?. Yg ~kah adikmu? ~ boleh takkan boleh; mustahil. ~ lagi (pula) tambahan pula; lebih-lebih lagi. ~ tahu boleh jadi; mungkin mana-mana 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. manakan tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combinatorial translocationtranslokasi gabunganBiologiGenetikGabungan mana-mana molekul bahagian berubah dengan mana-mana molekul bahagian tetap, dalam famili multigen yang sama pada imunoglobulin.
celestial coordinatorpengkoordinat samawiMatematikTiadaGambar rajah sejagat tentang satah meridian pencerap yang boleh disesuaikan mengikut mana-mana longitud, aginut penurunan dan sudut jam mana-mana cakerawala, dan bagaimana jasad-jasad tertentu itu bergerak di langit.
revising officerpegawai penyemakUndang-undangTiadaPegawai yang mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat oleh mana-mana pihak penuntut atau pembantah atau mana-mana orang yang mengenainya bantahan telah dibuat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pendaftar.
maritime terrorismkeganasan maritimUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan.
equilibrium of starskeseimbangan bintangMatematikTiadaKeseimbangan antara mekanik dalam bintang yang menyebabkan haba pada mana-mana titik di dalam bintang membekalkan tekanan ke luar hanya cukup-cukup untuk menentang berat gas yang di atasnya dengan keseimbangan terma yang memerlukan suhu pada mana-mana satu titik tidak berubah walaupun tenaga mengalir terus-menerus dari satu bahagian bintang ke bintang yang lain dan membolehkan bintang tidak kecut atau meletup.
radiatorradiatorKejuruteraanTiada1. Mana-mana peranti, unit, atau permukaan yang memancarkan haba, terutamanya dengan sinaran, kepada objek-objek yang berada di ruang tempat ia ditempatkan.,2. Sebahagian daripada sistem penyejukan enjin yang melaluinya haba pembakaran yang berlebihan dibuang ke atmosfera melalui perolakan paksa menggunakan cecair yang beredar.,3. Peranti untuk memanaskan bahagian dalam kenderaan sebagai sebahagian daripada sistem pemanasan kenderaan.,4. Mana-mana bahagian antena yang memancarkan gelombang elektromagnet.
everywhere densetumpat di mana-manaMatematikTiadaTiada
everywhere convergencepenumpuan di mana-manaMatematikTiadaTiada
almost everywherehampir di mana-manaMatematikTiadaTiada
either House of Parliamentmana-mana satu Majlis ParlimenUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas