Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.kat] | مڠکت

Definisi : bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~; kemangkatan bd perihal mangkat, kemati­an: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.kat] | مڠکت

Definisi : bd meninggal dunia (digunakan utk raja-raja saja): Baginda telah ~ pagi semalam. kemangkatan perihal mangkat: ~ baginda telah memeranjatkan seluruh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangkat
Rujuk :mati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epithetepitetKesusasteraanTiadaKata sifat yang dihubungkan dengan nama seseorang atau benda tertentu untuk menunjukkan ciri-ciri khususnya. Kata sifat itu akhirnya menjadi nama julukan seseorang atau benda yang berkenaan. Contoh epitet dalam kesusasteraan Inggeris ditemui dalam frasa �Richard the Lion-Heart�, �Willian the Conqueror�, �Charle the Great�, �The Wine-dark Sea�. Dan �Silver Snarling Trumpets�, Contoh epitet dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam frasa kata sifat seperti �Sultan Mahmud Mangkat Dijulang�. �Tun Fatimah Srikandi Bangsa�, �Hang Jebat Derhaka�, �Mahligai Tujuh Tingkat�, dan sebagainya. Dalam sastera Arab, nama Fatih al-Andalus khusus untuk nama julukan Tariq ibn Ziyad, manakala dalam sastera Parsi, Azraq-i Pushan merujuk kepada nama ahli sufi. Epitet juga dikenali sebagai julukan rujukan. Lihat juga nama julukan.

Kembali ke atas