incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang |
occult style | gaya mantera | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dalam penulisan yang penuh dengan kata-kata mantera. |
incantation | mantera | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk seni pengucapan bersifat mistik dan ungkapan hikmat secara berpuisi untuk menyeru makhluk halus yang mengisi alam semesta bagi memulihkan semangat manusia. Pengucapan mantera dalam sesebuah persembahan tradisi merupakan pemula dan penutup persembahan dan hanya dilakukan oleh pemain yang bertaraf bomoh dan pawang seperti Tok Dalang, Tok Peteri dan Tok Bageh. |
spells | jampi serapah | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja. |
chant | dikir | Kesusasteraan | Tiada | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat. |
occult | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Susunan kata berunsur puisi seperti rima, irama, yang dianggap mengandung kekuatan ghaib. |
incantation | mantera; jampi | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata atau kalimat tertentu yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian atau menyembuhkan penyakit. |
incantation | mantera; jampi | Kesenian | Tiada | Tiada |
occult | mantera | Sosiologi | Tiada | Tiada |
incantation | mantera; jampi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |