plebeian | marhaen (Rome) | Sejarah | Tiada | Golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba. |
marry-muff | fabrik mari-muf | Kesenian | Tiada | Fabrik kasar yang dipakai oleh golongan marhaen pada Zaman Pertengahan di England. |
eton collar | kolar eton | Kesenian | Tiada | Kolar yang dikeraskan, menyerupai kolar kemeja, lebarnya dua kali ganda, bahagian hujung kolarnya meruncing dan bersudut cakah. Pakaian marhaen di kolej Eton England sehingga tahun 1967. |
eton jacket | jaket eton | Kesenian | Tiada | Jaket lurus paras pinggang atau pinggul, berkolar dan berlapel lebar, dipakai tanpa kancing atau berkancing satu bahagian atas, diubah suai dari jaket marhaen di kolej Eton England sehingga tahun 1967. Popular sebagai pakaian wanita pada awal tahun 1890, dan menjadi stail sepanjang tahun untuk pakaian kanak-kanak lelaki. |
tragi-comedy | tragi komedi | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang pengolahannya cenderung ke arah tragedi, tetapi berakhir dengan sesuatu yang bersifat komedi. Tragi komedi biasanya mengisahkan kehidupan masyarakat marhaen atau rakyat biasa secara ironi dengan isu kemiskinan dan keinginan watak. Drama-drama seperti Anak Kerbau Mati Emakdan Tingginya Menyapu Awankarya Malina Manja merupakan contoh tragi komedi. |
demagogue | demagog | Sejarah | Tiada | Pemimpin atau pemidato zaman silam yang memberi ucapan untuk membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api, biasanya golongan plebeian atau marhaen. |