Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas] | مس

Definisi : akronim bagi Malaysian Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : 1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2. panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas] | مس

Definisi : logam berwarna kuning yg sangat berharga (dijadikan perhiasan spt cincin, rantai); emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mas] | مس

Definisi : panggilan yg karib atau mesra (spt ketika isteri memanggil suami): ~, marilah makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mas

Puisi
 

Kekalkan Mas Merah dari Seberang,
     Singgah sebentar ke Tanjung Puri;
Buah hati kekasih orang,
     Rindu kutanggung seorang diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kerana cenderawasih,
     merak mas (emas) dilepaskan.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raga masraga masKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk raga yang disusun bersama motif tumbuhan dan haiwan, lazimnya terdapat pada batik sarung.
الصداقmas kahwin/maharAgama IslamFiqhMas kahwin yang mempunyai nilai pada syarak yang diberikan oleh suami kepada isteri.
أجر المثالupah setara/mas kahwin setaraAgama IslamFiqhPemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang nilainya setara dengan kedudukannya.
أجرة المسمىupah tersebut; mas kahwin tersebut/mahar musammaAgama IslamFiqhPemberian mas kahwin kepada pihak perempuan yang disebut dalam majlis akad nikah.
pompanobawal masPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, genus Trachinotus, iaitu sejenis ikan yang badannya berwarna kekuning-kekuningan dan pejal. Bawal mas hidup bersendirian di pesisiran pantai. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pukat jerut atau pukat hanyut.
Ficus deltoideamas cotekHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai serapat angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
المهرmas kahwinAgama IslamFiqhPemberian yang diwajibkan bagi suami kepada isterinya disebabkan akad nikah atau persetubuhan.
bride pricemas kahwin; harta hantaranSosiologiTiadaTiada
Ficus deltoideaMas cotek Serapat angin, telinga berukPertanianTiadaTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
مهر المثلmas kahwin setandingAgama IslamFiqhPemberian yang wajib diberikan kepada isteri oleh suami dengan kadar yang setanding.
1234

Kembali ke atas