unoccupied time | masa lapang | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
outdoor recreation | rekreasi luar | Perhutanan | Tiada | Kegiatan pada masa lapang yang diadakan di lapangan seperti di hutan, pantai dan sebagainya. |
outdoor recreation | rekreasi luar | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kegiatan pada masa lapang yang diadakan di lapangan seperti di hutan, pantai dan sebagainya. |
global tourist | pelancong global | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang melakukan perjalanan, sama ada untuk memenuhi masa lapang, rekreasi atau tujuan perniagaan. |
Sunday painter | pelukis masa lapang | Kesenian | Tiada | Seseorang yang melukis sebagai hobi untuk memenuhi masa lapangnya. |
communication pleasure | komunikasi senggang | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang dilakukan oleh seseorang tanpa tujuan yang khusus. Contohnya, aktiviti yang dilakukan pada masa lapang seperti berbual-bual, membaca komik, menonton televisyen dan sebagainya. |
angler | pemancing | Perikanan | Tiada | Individu yang mempunyai hobi memancing, sama ada memancing di kawasan air tawar atau di laut untuk mengisi masa lapang. Peralatan khusus yang digunakan oleh pemancing termasuklah joran, tali pancing, kail dan umpan. |
sundatang | sundatang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil, berleher panjang dan berfret. Dua utas tali dipasang pada badan dan lehernya. Sundatang diletakkan mendatar dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini memainkan melodi untuk mengiringi tarian atau dimainkan sebagai alat muzik solo untuk mengisi masa lapang. Sundatang dimainkan oleh kaum Dusun di Sabah. |
tongkungon | tongkungon | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan talinya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung |
ephemeral | efemeral | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam jangka masa yang pendek, misalnya Burmannia coelestis Don daripada famili Burmaniaceae yang mempunyai kitar hidup selama kira-kira tiga bulan sahaja. Spesies ini tumbuh di kawasan lapang yang berumput dan hanya boleh ditemui semasa berbunga, selama beberapa minggu sahaja. |