apexogenesis | apeksogenesis | Pergigian | Tiada | Proses melengkapkan pembentukan akar bagi gigi berkaries besar yang masih vital tetapi akarnya masih belum tertutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Proses ini dilakukan dengan membuang keseluruhan bahagian koronal kebuk sehingga ke lantai kebuk pulpa. Selepas pendarahan pulpa dikawal, simen kalsium hidroksida diletakkan di kawasan bumbung sebelum restorasi tetap dibuat. Pembentukan akar gigi ini akan diperhatikan sehingga lengkap dengan cara mengambil radiograf setiap enam bulan. Setelah selesai pembentukan akar, gigi ini akan dianalisis kembali kevitalannya dan sekiranya tidak lagi vital, rawatan kanal akar harus dilakukan. |
books rare | buku nadir | Perpustakaan | Tiada | Buku-buku lama yang terhad bilangan naskhah yang masih wujud atau masih terdapat masa kini. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
cub reporter | pemberita pelatih | Komunikasi | Tiada | Pemberita yang masih dalam proses latihan. Pada masa yang sama beliau masih terus membuat liputan tentang peristiwa yang berlaku. |
after discharge | discas susul | Perubatan | Tiada | Gerak balas yang masih ada selepas rangsangan dihentikan,. 2. Kegiatan otot yang masih ada selepas terhentinya pengecutan dalam miotonia |
widget | widget | Komputer | Tiada | Sebarang peranti serba guna, termasuk yang masih belum dicipta. Adakalanya identiti produk dan fungsi peranti tersebut masih kabur. |
premain sequence star | bintang prajujuk utama | Matematik | Tiada | Bintang Be, Ae dan T Tauri yang masih mengembang dan menguncup dan dikeliling oleh gas serta debu dan masih belum menjadi bintang jujukan utama. |
mal ghair mutaqawwam | harta tak bernilai | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Harta yang tidak dimiliki, seperti haiwan yang masih lagi belum ditangkap, bahan galian yang masih mentah atau tumbuh-tumbuhan di padang. Sekiranya dimiliki, syarak membenarkan pengggunaan harta tersebut. 2. Sesuatu yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh syarak kepada orang Islam kecuali ketika darurat, seperti arak dan babi. |
inter-vivos trust | amanah inter-vivos | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amanah yang melibatkan orang yang masih hidup. Contoh: tabung amanah yang disediakan oleh seorang bapa untuk anaknya sewaktu bapa itu masih hidup. |
commercial production | pengeluaran komersial | Kejuruteraan | Petroleum | Pengeluaran minyak dan gas dari telaga yang masih mempunyai nilai ekonomi, menguntungkan dan memuaskan pihak yang mengendalikan operasi pengeluaran telaga berkenaan sehingga telaga tersebut masih menguntungkan untuk berpengeluaran. |