المطلقات الرجعية | perempuan talak raj‘iy | Agama Islam | Fiqh | Perempuan yang dicerai oleh suaminya dengan talak raj‘iy dan masih ada hak untuk rujuk dalam masa idah. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian. |
pseudo-environment | sekitaran buatan | Komunikasi | Korporat | Ruang dan suasana yang dicipta bagi mengesahkan sesuatu aktiviti komunikasi dan pemasaran yang akan dilakukan. Contohnya, suasana yang diwujudkan oleh syarikat pengeluar bagi membolehkan aktiviti promosi dan pengiklanan dilakukan dalam sesuatu tempoh. Aktiviti ini biasanya berlaku menjelang musim perayaan. Persekitaran ruang pemasaran dibina dan dimeriahkan mengikut reka bentuk, warna, dan hiasan yang melambangkan sesuatu acara yang berkaitan. Ruang ini mewujudkan perasaan gembira dan meriah dalam kalangan khalayak. Walaupun masa perasaan sebenar masih belum bermula, syarikat pengeluar berkenaan telah memulakan kempen barangan mereka dengan lebih awal, sama ada melalui persekitaran yang dibina di premis perniagaan atau persekitaran audiovisual yang disalurkan di media massa. |