gopher | gopher | Teknologi Maklumat | Tiada | Kemudahan untuk mengemudi dan membolehkan pengguna mencari dan memuat turun dokumen yang dikehendaki daripada Internet dengan menggunakan sistem hierarki berasaskan menu. Sistem ini tidak seperti FTP dan Archie kerana ia memerlukan pengguna mengetahui maklumat terperinci tentang hos atau nama fail. Pengguna memerlukan perisian klien Gopher untuk mencapai fail yang dikehendaki dalam pelayan. Gopher telah dibangunkan di University of Minnesota, dan dinamakan sempena nama maskot universiti. Ia sangat popular pada zaman permulaan Internet. Carian dilaksanakan berasaskan teks. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya penggunaan web grafik, utiliti Gopher kini tidak lagi popular. |
logotype | logo | Komunikasi | Korporat | Objek, simbol, atau perkara yang digunakan sebagai alat untuk mengenal organisasi, barangan atau perkhidmatan. Objek ini dihasilkan melalui proses reka bentuk yang diasaskan kepada beberapa ciri seperti kepercayaan, pegangan dan pendirian organisasi, nilai barangan atau perkhidmatan, dan warna korporat organisasi tersebut. Hasil akhir proses reka bentuk ini diangkat sebagai simbol yang boleh membentuk citra organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Antara unsur pada sesuatu loga yang perlu diberi perhatian termasuklah warna, reka bentuk, jenis huruf, slogan, dan maskot. Letakkan sesuatu logo pada sesuatu bangunan atau ruang dalam iklan juga diberikan perhatian rapi bagi memastikan logo memberikan kesan yang signifikan kepada khalayak. |