input block | blok masukan; bongkah masukan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
input | masukan | Teknik | Elektrik | Kuasa atau isyarat yang dibekalkan kepada peranti atau litar. Kuasa ini mengikut jenis peranti, contohnya penjana memerlukan kuasa masukan mekanik, sementara motor memerlukan kuasa masukan bekalan elektrik. Isyarat pula digunakan untuk masukan litar-litar elektronik atau digital. |
input editing | suntingan masukan | Kejuruteraan | Tiada | Masukan boleh disunting untuk menukarkannya ke format yang lebih senang untuk pemprosesan dan storan, kemudian digunakan sebagai masukan ke sistem. |
ramp input | masukan tanjakan | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan pada isyarat masukan yang berubah dengan kadar malar. |
conversion efficiency | kecekapan penukaran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nisbah kuasa keluaran arus ulang-alik terhadap kuasa masukan arus terus kepada elektrod-elektrod tiub elektron.,2. Nisbah voltan keluaran bagi penukar pada sesuatu frekuensi terhadap voltan masukan pada frekuensi yang lain.,3. Nisbah kuasa keluaran arus terus dalam penerus terhadap kuasa masukan arus ulang-alik.,4. Nisbah keluaran fluks sinaran atau berlar boleh dapat maksimum terhadap jumlah kuasa masukan.,5. Nisbah kuasa elektrik yang diperoleh daripada sel suria terhadap kuasa sinaran yang menimpa sel itu. |
valve lap | tindih injap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Perbezaan antara pembukaan injap masukan dengan penutupan injap ekzos yang diberikan dalam bentuk tanda kepada roda tenaga enjin atau dalam sudut putaran. Pembukaan injap masukan terdahulu daripada penutupan injap ekzos memberikan tindihan positif. Manakala pembukaan injap masukan selepas penutupan injap ekzos dinamakan tindihan negatif. Kesan tindihan positif mempercepat pembuangan gas ekzos tetapi boleh juga menyebabkan kehilangan sebahagian daripada campuran udara dan bahan api. Sebaliknya, tindihan negatif menyebabkan sebahagian daripada gas ekzos tertinggal dalam silinder dan bercampur dengan campuran baru. Keadaan ini boleh menyebabkan pembakaran pada suhu yang lebih rendah dalam kebuk pembakaran. |
input stream | jurusan masukan | Kejuruteraan | Tiada | Jujukan penyata kawal kerja memasuki sistem, termasuk data masukan. |
input impedance | galangan masukan | Teknik | Elektrik | Nilai galangan sesuatu peranti yang diukur pada bahagian masukan peranti itu. Galangan ini penting terutamanya bagi peranti penguat elektronik untuk kemudahan gandingan. |
input mode | ragam masukan | Kejuruteraan | Tiada | Pada pilihan kongsi masa, ragam yang masuk, yang boleh menerima talian masukan yang berturutan, di bawah arahan EDIT untuk set talian data. |
input/output cable | kabel masukan/ keluaran | Kejuruteraan | Tiada | Wayar, bas atau sesalur yang digunakan untuk menyambung pelbagai peranti masukan atau keluaran ke komputer. |