NITA ( National IT Agenda) | NITA (Agenda IT Negara) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kerangka kerja strategik untuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi mengubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat maklumat , seterusnya masyarakat berpengetahuan, dan akhirnya masyarakat berpengetahuan bernilai tambah (masyarakat madani). |
state building | pembinaan negara | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses atau tindakan yang dilakukan oleh pemerintah untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju dan makmur. Antara tindakan yang diambil adalah dengan membangunkan masyarakat daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden, daripada keadaan mundur kepada yang lebih maju, daripada masyarakat yang berpecah kepada yang bersatu padu dan daripada kehidupan serba kekurangan kepada yang sempurna. Pembinaan negara mencakupi pembangunan dan perubahan semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya, pengurusan, sains dan teknologi serta pemantapan masyarakatnya. Pembinaan negara tidak akan terhenti selagi wujudnya masyarakat dalam negara tersebut. Contohnya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pembinaan negara. |
sociolinguistics | sosiolinguistik | Sosiolinguistik | Tiada | Cabang ilmu Iinguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat, sikap masyarakat pada bahasa, bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya. |
filtering-down process | proses penurasan ke bawah | Sosiologi | Tiada | Proses pertukaran penghunian sesuatu kawasan perumahan apabila masyarakat bawahan memasuki kawasan yang dahulunya didiami oleh masyarakat atasan, apabila masyarakat atasan berpindah ke kawasan baharu yang lebih selesa. |
mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
civic concept | konsep sivik | Sejarah | Tiada | Konsep yang menekankan bagaimana masyarakat berkembang, hak anggota masyarakat dan tanggungjawab yang harus dipikul bersama-sama oleh semua pihak. |
international society | masyarakat antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama. |
diffusion | difusi | Muzik | Tiada | Penyebaran muzik serta alat muzik daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Penyebaran ini berlaku melalui penghijrahan, perdagangan dan media. Lihat juga teori difusi. |
act of public enemies | perbuatan musuh masyarakat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh kumpulan individu, yang dianggap oleh undangundang antarabangsa sebagai musuh masyarakat. Walau bagaimanapun, penentuan siapakah musuh masyarakat menjadi perdebatan terutamanya dalam konteks perbezaan politik tentang definisi keganasan antarabangsa. Kuasa Barat mahu menetapkan persoalan siapakah musuh masyarakat berdasarkan fakta khusus sesuatu kes yang berbeza daripada yang lain, sedangkan dunia membangun mahu mengikat hegemoni kuasa Barat kepada suatu definisi undangundang yang tetap. Satu definisi undang-undang akan mempertingkatkan keberkesanan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan dan berfungsi sebagai batasan kepada unilateralisme kuasa Barat. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |