bar cut | potongan bar | Perikanan | Tiada | Potongan yang dibuat pada bahagian mata pukat, yang disebut kaki. Setiap mata pukat mempunyai empat kaki dan empat ikatan atau titik. Potongan yang dibuat pada setiap kaki disebut potongan kaki dan potongan yang dibuat pada setiap ikatan disebut potongan titik. Potongan ini dilakukan untuk membentuk pukat seperti yang dikehendaki. Contohnya, potongan bar untuk membuat keroncong pukat. |
scarp-foot spring | mata-air kaki tubir | Geografi | Tiada | Mata air yang terbentuk di kaki sebuah tubiran biasanya di tempat di mana strata telap air terletak di atas batuan yang tidak telap air. |
eversion | eversi | Perubatan | Tiada | Keadaan sesuatu struktur yang terbalik ke arah luar, seperti yang mungkin berlaku pada kelopak mata dan kaki. |
travertine | travertin | Kesenian | Seni Bina | Bentuk batu kapur yang terhasil daripada percampuran antara mata air mineral dengan mata air panas. Travertin merupakan salah satu daripada beberapa jenis batu yang digunakan sebagai turapan laluan pejalan kaki. Ia sering dikenali sebagai batu kapur travertin atau marmar travertin. Batu ini sering digunakan dalam pembinaan bangunan-bangunan di Itali. |
sex comb | sikat seks | Biologi | Genetik | Satu barisan bulu kejur yang tersusun seperti mata sikat pada kaki hadapan lalat jantan Drosophila melanogaster. |
Romberg�s sign | tanda Romberg | Perubatan | Tiada | Tanda untuk ataksia lokomotor yang dicirikan dengan tubuh terhuyung-hayang semasa berdiri tegak dengan kaki rapat dan mata tertutup. Tanda ini ketara pada penyakit tabes dorsalis. |
reflex | refleks | Psikologi | Psikologi Umum | Tindak balas semula jadi dan automatik terhadap suatu rangsangan yang biasanya tidak melibatkan otak secara langsung kerana litar atau arka sarafnya lengkap di peringkat batang spinal. Contohnya, kerdipan mata terhadap hembusan udara atau sentakan kaki apabila terpijak benda tajam. Apabila kaki ditusuk dengan benda tajam, maklumat akan dibawa terus ke batang spinal melalui neuron deria yang kemudian dibawa balik dengan cepat ke otot melalui neuron motor untuk tindakan sentakan kaki. Jeritan biasanya akan berlaku selepas kaki yang terkena benda tajam disentak kerana maklumat tersebut naik ke otak tetapi perjalanannya lebih lambat daripada ke otot tempat berlakunya tusukan tersebut. |
eye level | aras mata | Komunikasi | Tiada | Kedudukan kamera pada ketinggian 5 hingga 6 kaki yang mewakili pandangan orang ramai semasa membuat tangkapan. |
tarsus | tarsur | Perubatan | Tiada | 1. Persendian di antara tungkai bawah dan kaki. 2. Salah satu tisu perantara yang membentuk kelopak mata. |
tarsus | tarsus | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Segmen kaki serangga dan miriapod dari distal hingga tibia. telotarsus. 2 Tulang tumit yang biasanya terdiri daripada dua baris tulang. 3 Plat tisu penghubung bergentian yang terdapat pada kelopak mata. |