Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : puting susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian hujung susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.
bacteriabakteriaMakanan dan PemakananTeknologi MakananOrganisma bersel tunggal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebanyakan spesies bakteria Lactobacillus bulgaricus yang membantu proses penapaian susu untuk menghasilkan yogurt dan susu mentega. Terdapat juga bakteria yang mencemari makanan seperti Salmonellatyphii dan bakteria yang menyebabkan penyakit serius seperti Mycobacterium tuberkulosis.
lysozymelisozimBioteknologiTiadaEnzim yang terlibat di dalam hidrolisis pada rangkaian N-asetilmuramil-α-(1-4)-N-asetil glukosamina dalam peptidoglikan. Enzim ini bersifat bakterisid dan mempunyai berat molekul 14 500 dengan nilai pH 11. Lisozim terdapat dalam putih telur, susu, air mata atau sel makrofaj polimorf. Lisozim dikenali juga sebagai enzim N-asetil muramidase.

Kembali ke atas