acronical rising | naik akronik | Matematik | Tiada | Fenomenon bintang yang naik semasa matahari turun. |
acronical setting | turun akronik | Matematik | Tiada | Fenomenon bintang yang turun semasa matahari naik. |
cosmical setting | turun kosmos | Matematik | Tiada | Suatu fenomenon bintang atau planet turun sama dengan matahari. |
nimbostratus | nimbostratus | Sains | Hidrometeorologi | Awan berwarna kelabu dan selalunya gelap yang nampak samar-samar kerana hujan atau salji yang turun terus-menerus. Secara keseluruhan, awan ini cukup tebal sehingga dapat melindungi matahari. Awan rendah bergerigis selalu terdapat di bawah lapisan ini dan mungkin bercantum atau tidak dengannya. |
nimbostratus | nimbostratus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Genus awan berwarna kelabu dan selalunya gelap yang nampak samar-samar kerana hujan atau salji yang turun terus-menerus. Secara keseluruhan, awan ini cukup tebal sehingga dapat melindungi matahari. Awan rendah bergerigis selalu terdapat di bawah lapisan ini dan mungkin bercantum atau tidak dengannya. |
emotional appeal | pemikat perasaan | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun |