Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maut] | موت

Definisi : mati (terutama manusia): tiap-tiap yg bernyawa akan menemui ~; membawa ~ menyebabkan mati; mencari ~ mencari sebab utk mati; menemui ~ menemui ajal (mati); pemautan Id perihal jumlah orang yg mati, angka kematian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maut] | موت

Definisi : kematian (terutamanya bagi manusia): membawa ~ menyebabkan mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maut
Rujuk :mati

Puisi
 

Sudahlah pasang air di laut,
     Tidakkah mahu mandi bersama;
Sudahlah datang malaikat maut,
     Mahukah tidak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Selompat hidup,
     selompat mati.

Bermaksud :

Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective lethal phasefasa maut berkesanBiologiGenetikFasa perkembangan apabila gen maut tertentu mengakibatkan maut kepada organisma yang membawa gen tersebut.
lethal ratekadar mautMakanan dan PemakananTeknologi MakananKadar pemusnahan bagi organisma pada setiap minit dan sebarang suhu dalam sesuatu proses pengetinan. Kadar maut boleh diperoleh daripada kelok terma maut. Lihat juga masa terma maut.
lethalmautPerubatanTiadaBerkaitan dengan atau menyebabkan kematian atau maut.
lethal dosedos mautFarmasiFarmakologiDos sesuatu drug ataubahanbioaktif yang boleh menyebabkan maut, biasanya bergantung pada tahap ketoksikannya.
mean lethal dose, MLDdos maut min (DMM)BiologiGenetikAmaun tunggal sinaran atau bahan kimia yang membawa maut kepada 50 peratus individu yang terdedah.
balancer chromosomekromosom pengimbangBiologiGenetikKromosom yang mempunyai gen maut resesif dan songsangan untuk menghalang rekombinasi. Songsangan menentukan gen maut resesif sentiasa berada dalam keadaan heterozigot.
median lethal dose (LD50)dos maut medianFarmasiFarmakologiDos sesuatu drug atau bahan bioaktif yang menyebabkan 50 peratus kematian haiwan dalam kajian toksikologi semasa proses pembangunan drug eli peringkat praklinikal. Penentuan dos maut median sesuatu drug baharu dilakukan sebagai salah satu keperluan untuk memasuki ujian klinikal fasa I. Lihat juga ujian kllnikal.
lethal dosedos mautMakanan dan PemakananTeknologi MakananKesan serta-merta akibat pengambilan amaun tertentu sesuatu bahan, yang lazimnya diukur sebagai amaun yang diberi untuk membunuh separuh daripada populasi organisma yang diuji. Ini juga dikenali sebagai dos maut bagi 50% (LD50).
fatalmaut)KependudukanTiadaTiada
lethalmautPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas