Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.wat] | ماوت

Definisi : Ar tanah terbiar yg tidak diketahui tuan­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mawat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ihya’ mawatmengusaha tanah tanpa pemilikPerniagaan IslamTiadaMembaik pulih atau membangunkan tanah tanpa pemilik, tidak diusahakan, tidak mempunyai sumber air atau tidak dimanfaatkan, dengan cara mengusahakan tanah itu untuk pertanian, perladangan, perumahan dan perindustrian. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, peneroka tanah tersebut berhak memilikinya dengan kebenaran kerajaan. Lihat juga tahjir.
أرض المواتbumi mati/mawatAgama IslamFiqhTanah yang belum pernah diterokai dan tidak diketahui pemiliknya. Contohnya, tanah yang jauh dari penempatan (bandar).
ard ushriyyahtanah ushriyahPerniagaan IslamTiadaTanah milik orang Islam yang diperoleh melalui ihya’ mawat, pemberian kerajaan atau melalui pembelian. Tanah ini dikenakan cukai satu per sepuluh, iaitu zakat sekiranya pengairannya secara semula jadi atau satu per dua puluh sekiranya pengairannya diusahakan dengan kos.
tahjirtanda sempadanPerniagaan IslamTiadaTindakan menanda sempadan tanah terbiar melalui pelbagai cara. Pihak yang bertahjir diberi tempoh sehingga tiga tahun untuk mengusahakan tanah. Hak tahjir akan hilang sekiranya beliau gagal mengusahakan tanah dalam tempoh tersebut. Lihat juga ihya’ mawat.

Kembali ke atas