turret box | kotak turet | Teknik | Elektrik | Kotak alat tambah dalam pemasangan pembuluh di permukaan. Kotak jenis ini digunakan dalam pemasangan secara mendatar suis atau soket alur keluar, seperti pada meja-meja makmal. |
light table | meja cahaya | Landskap | Tiada | Meja khas yang mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca atau plastik dan mempunyai lampu di bawah permukaan meja tersebut. Meja ini digunakan untuk melihat kertas surih , fi lem, slaid dan sebagainya yang diletakkan di atas permukaannya. |
meja hidang | meja hidang | Kesenian | Tiada | Tempat melakukan kerja menghubung. |
butterfly table | meja kupu-kupu | Kesenian | Tiada | Meja yang mempunyai dua daun meja yang diengselkan pada bahagian tengahnya dan boleh dilipat. |
tracing desk | meja surih | Landskap | Tiada | Meja yang berpermukaan kaca dan dilengkapi dengan lampu di bahagian bawah permukaannya. Meja ini digunakan untuk menekap pelan atau lukisan. |
sawbench | meja gergaji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Meja yang mempunyai torak berputar dan gergaji talam untuk memotong bolak atau balak segi. 2. Meja tempat kayu digergaji. |
plane table | meja ukur | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan dalam kerja mengukur dan membuat peta. Alat ini merupakan sebuah meja melukis yang digunakan bersama alidad dan diluruskan dengan aras cecair yang terdapat pada alidad. Meja ini diletakkan di atas kaki tiga yang boleh dilaraskan sesuai dengan keadaan permukaan tanah. Meja ukur biasanya diperbuat daripada kayu. Antara kegunaannya adalah untuk melukis peta, artifak, struktur monumen dan pelan tapak. |
turn table | meja putar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat untuk membuat tembikar yang diperbuat daripada kayu, berbentuk bulat dan terdapat lubang kecil di bahagian tengah untuk menstabilkannya. Meja ini diputar sama ada menggunakan tangan atau alat pemijak. Penggunaan meja putar meninggalkan kesan garis pada bahagian dalam dan dasar tembikar. Penggunaan ini juga menunjukkan bahawa masyarakatnya telah maju dalam pembuatan tembikar. |
turntable | meja putar | Kesenian | Tiada | 1. Meja yang boleh diputar dan digunakan untuk meletak benda kerja. |
occational table | meja sampingan | Kesenian | Tiada | Meja kecil yang digunakan untuk sesekali sahaja mengikut keperluannya. |