mechanoreceptor | mekanore-septor | Biologi | Entomologi | Organ deria khas untuk mengesan rangsangan mekanis, seperti sentuhan, tekanan, dan gravity. |
late wood | kayu akhir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan yang mempunyai sel yang lebih kecil, lebih tumpat dan terbentuk terkemudiaan daripada bahagian kayu awal. Kayu akhir mempunyai kekuatan mekanis yang lebih tinggi daripada kayu awal kerana dinding selnya lebih tebal. Kayu akhir hanya terdapat pada spesies yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim. |
early wood | kayu awal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan yang mempunyai sel yang lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk terdahulu daripada kayu akhir pada awal musim pertumbuhan. Kekuatan mekanis kayu awal lebih rendah daripada yang terdapat pada kayu akhir. Kayu awal hanya terdapat pada spesies yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim. |