commodity fund | dana komoditi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana pelaburan yang melaburkan dananya dalam pasaran hadapan dengan membeli kontrak hadapan. |
value marketing | pemasaran nilai | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pemasaran yang mengatakan bahawa syarikat harus melaburkan sumbernya dalam pelaburan pemasaran yang membentuk nilai. |
real estate investment trust | dana pelaburan harta tanah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana pelaburan yang melaburkan wang dalam harta tanah. |
unit trust | amanah saham | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengurusan pelaburan yang dikendalikan oleh organisasi profesional yang melaburkan dana daripada pelabur kecil ke dalam sekuriti. |
reinvestment privilage | keistimewaan pelaburan semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemudahan yang diberikan kepada pemegang dana amanah melaburkan semula dividen dengan menukarkannya dengan unit tambahan dana berkenaan. Hasilnya unit pemegangan akan bertambah. |
mudarabah general investment account | akaun pelaburan am mudarabah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akaun pelaburan am yang berasaskan kontrak mudarabah. Penyimpan boleh melaburkan wang selama tempoh yang ditetapkan dengan tempoh minimum 1 bulan dan dalam gandaan 3 bulan sehingga tempoh maksimum 60 bulan. Penyimpan akan memperoleh keuntungan pelaburan mengikut nisbah yang dipersetujui seperti 30:70 atau 20:80. Penyimpan tidak akan mencampuri urusan pelaburan tetapi pada prinsipnya kerugian dalam pelaburan akan ditanggung oleh para penyimpan. Namun begitu, pihak bank biasanya memberi jaminan bahawa pelaburan dalam akaun ini tidak mengalami kerugian. |
disintermediation | penyahantaraan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Corak aliran dana iaitu pelabur mengeluarkan dana daripada perantara kewangan, seperti pinjaman dan simpanan bank, kerana kadar faedah pasaran melebihi kadar faedah maksimum yang diberikan oleh organisasi. Pelabur akan melaburkan semula dana mereka dalam aset kewangan yang memberikan kadar faedah yang tidak tertakluk kepada had tertentu. |
agency based contract for investment | akad pelaburan bersandarkan agensi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad antara pemegang akaun pelaburan dengan bank Islam yang menggabungkan akad mudarabah dan akad wakalah. Bank bertindak sebagai mudarib dan ejen. Pemegang akaun melantik bank Islam sebagai ejen untuk melaburkan dana mereka dalam projek tertentu dengan menggunakan prinsip mudarabah. Sekiranya keuntungan melebihi tahap tertentu seperti yang ditetapkan, maka bank Islam akan mengenakan fi sebagai tambahan kepada keuntungan mudarabah. Bayaran fi merupakan insentif kepada bank Islam untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan. |
Islamic Insurance Company Malaysia Limited | Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat pengendali takaful yang pertama di Asia dan memulakan operasinya pada 2 Ogos 1985 berasaskan kepada Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah anak syarikat Kumpulan BIMB Holdings Berhad yang memegang 51 peratus daripada sahamnya. Prinsip asas operasi syarikat ini ialah takaful dan mudarabah. Berdasarkan prinsip takaful, syarikat memperuntukkan sebahagian tertentu daripada wang caruman peserta sebagai pembayaran manfaat atau pampasan kepada peserta yang mengalami bencana. Berdasarkan prinsip mudarabah, pihak syarikat melaburkan sebahagian lagi wang caruman peserta untuk mendapatkan keuntungan yang dikongsi bersama peserta mengikut peratus yang telah ditetapkan. Syarikat ini menjalankan perniagaan pelan takaful keluarga dan skim takaful am tanpa menggunakan sistem ejen. |