Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ka] | ملاک

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : nama sj pokok, Emblica officinalis. buah ~ a. buah dr pokok melaka. b. kuih bulat-bulat yg dibuat drpd tepung pulut dan diberi berinti serta digaul dgn kelapa parut; onde-onde. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaka

Puisi
 

Dari Melaka pergi ke Pahang,
     Singgah ke Johor beli berangan;
Saya mengucap selamat datang,
     Jikalau salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pokok melakapokok melakaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Phyllanthus emblica daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung pokok laka, dan di Sabah ialah laka. Gubal dan teras kayu pokok melaka sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat.
space-time continuumlanjuran ruang-masaLandskapTiadaKesinambungan peristiwa yang beri aku di sesuatu tempat seperti di Kota Melaka bermula dari Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris dan seterusnya perisytiharan kemerdekaan.
Phyllanthus emblicapokok melakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Euphorbiaceae dan dikenali juga sebagai amla. Tumbuhan ini tumbuh liar di hutan tanah pamah dan hutan bukit. Daunnya jenis majmuk pinat dan mempunyai anak daun kecil berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya bulat tidak bertangkai dan jenis beri. Bijinya keras, terdapat di hujung tangkai daun. Jus buahnya diminum untuk merawat batuk, jaundis dan pedih ulu hati. Daunnya dimakan untuk mengubati cirit-birit dan masalah penghadaman. Bijinya untuk mengubati lelah dan bronkitis, darah tinggi dan kencing manis. Buahnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan digunakan untuk menghitamkan dan menyihatkan rambut.
coconut palm sugargula melaka; gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaGula kelapa: Gula daripada nira kelapa.
cession (of Malacca)penyerahan (Melaka)SejarahTiadaPemberian wilayah kepada sesuatu pihak berdasarkan perjanjian atau persetujuan bersama.
sugar-palm sugargula kabung/gula melaka/gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sumatrasumatraMeteorologiMeteorologi PerhubunganBadai yang terdapat di Selat Melaka antara bulan April hingga November. Angin ini bertiup laju, kadangkala melebihi 50 km/jam, dari barat daya, dan kadangkala dari barat atau barat laut dan menyebabkan laut berombak tinggi di pantai. Badai ini membentuk arkur kumulonimbus besar (badai lengkung) yang diikuti oleh hujan lebat dan ribut petir, sert penurunan suhu yang mendadak.
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

intentionalitykesengajaanKesusasteraanTiadaSatu-satu penulisan yang disengajakan untuk tujuan tertentu. Contoh: episod raja China meminum air basuh kaki raja Melaka dalam Sejarah Melayu bertujuan untuk merendahkan martabat raja China.
place name legendslegenda nama tempatKesusasteraanTiadaCerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka
123

Kembali ke atas