Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.kon.kan] | ملاکونکن

Definisi : 1. mementaskan atau memain­kan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandi­wara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruh­nya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.kon.kan] | ملاکونکن

Definisi : 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramatizationpendramaanPendidikanTiadaTindakan melakonkan sesuatu keadaan, kejadian atau adegan untuk pengajaran dan pembelajaran.
role playmain perananPendidikanTiadaMelakonkan watak atau peranan individu lain dalam permainan atau simulasi pengajaran dan pembelajaran.
play readingbaca lakonKesusasteraanTiadaMembaca dan melakonkan sesebuah drama di dalam radio atau televisyen.
accident reconstructionpenyelakuan kemalanganKejuruteraan AutomotifTiadaProses melakonkan semula bagaimana sesuatu kemalangan yang dikaji boleh berlaku berdasarkan maklumat tertentu seperti darjah kerosakan, kesan brek dan lain-lain.
personae dramatispara pelakonSejarahTiadaOrang yang dapat melakonkan watak-watak tertentu yang dapat melindungi kedudukan sosial dan diri individunya yang sebenarnya.
dual rolesperanan serentakKomunikasiTiadaSeorang pelakon yang melakonkan dua watak yang bertentangan dalam sesebuah filem.
dramadramaKesusasteraanTiadaIstilah ini berasal daripada perkataan Greek dran, bermaksud melakukan, melakonkan, mencapai. Ada tiga unsur yang perlu iaitu cerita, diceritakan dalam bentuk lakonan dan Pelaku yang memainkan peranan sebagai watak dalam cerita.
action cuthenti aksiKomunikasiTiada1. Arahan oleh pengarah untuk menghentikan tangkapan sewaktu pelakon sedang melakonkan wataknya. 2. Teknik penyuntingan filem atau video yang dilakukan sewaktu sesuatu aksi lakonan sedang dilakukan dan bahagian yang disuntingkan itu disambungkan kepada adegan yang lain.
actorpelakonKomunikasiTiadaOrang yang muncul dalam persembahan di layar perak, televisyen, radio, pentas dan sebagainya yang melakonkan watak-watak tertentu mengikut ketetapan skrip atau arahan daripada pengarah dengan menggunakan dialog-dialog dan pergerakan yang dirancang.
double actionaksi gandaKomunikasiTiadaAksi dalam lakonan yang menggunakan dua watak yang mempunyai wajah seiras atau menggunakan pelakon lain yang disolek seperti wajah pelakon utama bagi melakonkan adegan tertentu.
12

Kembali ke atas