frizzle | frizel | Biologi | Genetik | Mutasi pada bulu ayam peliharaan. FF melambangkan frizel ekstrem, apabila bulu ayam keras dan mudah luruh, manakala Ft melambangkan frizel pertengahan, apabila lebih banyak bulu yang ikal biasa. |
posture | postur | Komunikasi | Korporat | Kedudukan bahan sewaktu individu berada dalam keadaan duduk, berdiri, atau bergerak. Postur juga dilihat sebagai bahasa badan dalam proses komunikasi bukan lisan. Setiap kedudukan badan melambangkan minda atau sikap seseorang pada masa berkenaan. Kedudukan badan juga melambangkan keperibadian seseorang dalam proses komunikasi dengan khalayak. Sekiranya individu berada dalam keadaan badan yang tegak semasa duduk dan bahunya berkeadaan lurus, keadaan ini melambangkan individu tersebut bersedia untuk berinteraksi, menghormati khalayak, bersikap terbuka, dan bersungguh-sungguh dalam proses tersebut. Individu yang membongkokkan badan semasa duduk melambangkan sikap yang pasif, tidak serius, dan tidak berminat dengan kehadiran khalayak. Individu tersebut sukar mendapat kepercayaan daripada khalayak terhadap kebolehan dan kemampuannya. Individu yang mem- punyai kedudukan badan yang tegak dan tegap semasa berjalan dianggap sebagai seorang yang progresif, cekap, dan dinamik. Postur badan boleh menentukan keberkesanan |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon m |
value expressive | penyataan nilai | Komunikasi | Korporat | Citra yang diperagakan melalui penyataan tingkah laku dan sikap yang melambangkan nilai individu secara positif. Proses peragaan ini dilaksanakan dalam bentuk tanpa lisan. Kesemua gerak-geri dan penyataan wajah melambangkan nilai kendiri yang meninggalkan kesan positif kepada khalayak. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, individu yang mempamerkan penyataan nilai kendiri yang positif kerap dipilih untuk mewakili organisasi untuk berinteraksi dengan khalayak luar dan juga menjadi jurucakap atau duta dalam kempen, perundingan, dan perbincangan. Kesemua aktiviti tersebut berkaitan dengan proses pemujukan, dan penyataan nilai merupakan unsur yang bermakna dalam proses tersebut. |
symbolic action | aksi simbolik | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan fizikal dalam seni persembahannya melambangkan makna tertentu. Contohnya, dalam persembahan makyung, gerakan pelakon berjalan di dalam bulatan pada akhir adegan melambangkan pertukaran tempat. Aksi simbolik boleh juga dilihat dalam tarian India seperti Bharatanatyam dan Odissi. Setiap gerak merupakan lambang yang membawa makna tertentu. |
symbolic action | aksi simbolik | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan fizikal dalam seni persembahannya melambangkan makna tertentu. Contohnya, dalam persembahan makyung, gerakan pelakon berjalan di dalam bulatan pada akhir adegan melambangkan pertukaran tempat. Aksi simbolik boleh juga dilihat dalam tarian India seperti Bharatanatyam dan Odissi. Setiap gerak merupakan lambang yang membawa makna tertentu. |
atmospheric shell | petala atmosfera | Sains | Hidrometeorologi | Salah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan si |
mandala | mandala | Kesenian | Tiada | Simbol bulat yang melambangkan cakerawala yang terdapat dalam seni Hindu dan Buddha. |
folder | folder | Teknologi Maklumat | Tiada | Ikon yang melambangkan direktori yang menyimpan sekumpulan fail dan/atau subdirektori. |
dissociation curve | keluk penceraian | Perubatan | Tiada | Keluk yang melambangkan variasi normal amaun oksigen yang bergabung dengan hemoglobin sebagai fungsi tekanan separa oksigen dan karbon dioksida. |