cathartic | katartik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merangsang laksatif atau julap. 2. Agen untuk melancarkan usus, terutamanya laksatif atau julap. Contohnya, magnesium sulfat hidrat dan minyak kastor. Laksatif kuat akan menyebabkan pembuangan najis yang kerap. |
Internet worm | cecacing Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada sesuatu komputer. Seterusnya kod ini akan mengeksploitasi ketakteguhan sasarannya dan menjangkitinya. Selepas tersebar, salinan asal pada sistem punca akan melancarkan serangan seperti penafian khidmat atau pelancaran atur cara yang boleh merosakkan sistem. Operasi ini akan berulang untuk semua salinan kod yang tersebar. 2. Cecacing Internet 1988 atau Cecacing Morris yang dibina oleh Robert T. Morris Jr., siswazah Universiti Cornell di Amerika Syarikat. Beliau menulis kod cecacing tersebut untuk mencari sejauh mana eksploitasi sistem yang terautomasi boleh disebarkan melalui prasarana Internet. Cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian Berkeley UNIX versi 4 pada masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian B |
anti-ballistic missile | peluru berpandu antibalistik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem pemintas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Peluru berpandu antibalistik yang mempunyai radar ini merupakan rangkaian pertahanan untuk melindungi kawasan sasaran sesebuah negara daripada serangan peluru berpandu musuh. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan ini masih terdedah kepada beberapa langkah balas pihak lawan khususnya melalui tindakan serangan terlebih dahulu terhadap pihak musuh. Kelemahan yang terdapat dalam sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik ini membawa kepada termeterainya perjanjian peluru berpandu antibalistik pada tahun 1972. Pembangunan teknologi pertahanan yang berasaskan ruang udara sekitar 1980-an telah berkembang dengan berupaya memusnahkan peluru berpandu di ruang udara sebelum memasuki atmosfera bumi. Contoh penggunaan peluru berpandu antibalistik adalah semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Amerika Syarikat dan British melancarkan tindakan memintas peluru berpandu antibalistik V-1 milik Jerman. |