panning | melanda | Geografi | Tiada | Tindakkan atau proses memisahkan unsur berharga atau bernilai biasanya emas atau mendapan aluvium dengan membasuh ketulan bahan di dalam sebuah alat berbentuk kuali. |
disaster | bencana | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kejadian buruk yang melanda secara tiba-tiba, tidak dijangka masa berlakunya dan di luar kawalan manusia. Terdapat bencana yang layak dilindungi dan tidak layak dilindungi dalam skim takaful. Jenis bencana yang layak dilindungi seperti kebakaran, kecurian, kematian dan keilatan kekal seluruh anggota badan akan ditakrifkan secara spesifik dalam kontrak. Bencana lain seperti bencana alam dan bencana yang disengajakan tidak layak dilindungi. |
civilisation wave | gelombang tamadun | Sejarah | Tiada | Arus perubahan yang melanda sesuatu tamadun yang membawanya ke arah peningkatan atau kemajuan yang lebih tinggi. |
purga | purga | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut kencang yang serupa dengan buran dan ribut salji yang melanda kawasan tundra di utara Siberia dalam musim sejuk. |
offshore bar | beting luar pantai | Perikanan | Tiada | Timbunan pasir yang terbentuk di luar pesisiran pantai. Beting ini biasanya panjang dan sempit. Arus yang melanda, menghasilkan timbunan pasir yang menyebabkan air di kawasan beting tersebut menjadi semakin cetek. |
Chemical control | Kawalan kimia | Pertanian | Agronomi | Kaedah penggunaan bahan kimia seperti herbasid, racun serangga dan racun kulat dalam pengawalan masalah rumpai, perosak dan penyakit yang melanda sesuatu kawasan tanaman. Racun herba disembur kepada tumbuhan rumpai, manakala racun serangga dan kulat disembur kepada tanaman. Kebanyakan bahan kimia tersebut adalah toksik kepada manusia dan perlu dipastikan sisa bahan kimia tersebut tidak mencemari bahan yang dituai. Contohnya, racun glifosat untuk mengawal kawalan. |
metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |
Organization of African Unity (OAU) | Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1963 di Addis Ababa. Keanggotaannya meliputi negara di benua Afrika dan tujuannya adalah untuk memajukan dan menggalakkan perpaduan dan pembangunan ekonomi dalam kalangan negara Afrika yang baru merdeka. Selain itu, pertubuhan ini juga berusaha mempercepat kemerdekaan bagi negara Afrika yang masih dijajah. Pertubuhan ini mengiktiraf kedaulatan negara Afrika dan menjalankan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal domestik sesebuah negara. Secara umumnya, organisasi ini tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk campur tangan dengan berkesan dalam sebarang krisis yang melanda negara Afrika. Sinonim OAU. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |