Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breach of complex conditionkemungkiran pelbagai syarat; melanggar pelbagai syaratUndang-undangTiadaPerbuatan tidak mematuhi, cuai, memungkiri dan melanggar lebih daripada satu atau berbagai-bagai syarat sesuatu perjanjian atau kontrak dan sebagainya.
sanctionsanksiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan).
Knudsen diffusionresapan KnudsenKejuruteraanKejuruteraan KimiaResapan gas berketumpatan rendah di dalam bahan atau medium berongga kecil apabila molekul gas lebih kerap melanggar dinding rongga daripada satu sama lain. Molekul gas melekat pada permukaan dinding rongga apabila melanggar dan biasanya meresap keluar dalam arah yang rawak. Fluks gas akan menurun apabila pelanggaran antara gas dan dinding rongga berlaku. Resapan ini penting dalam tindak balas kimia bermangkin dan proses resapan bahan.
punishmentdenda; hukumanPentadbiran PerniagaanTiada1. Denda: Sejumlah wang yang mesti dibayar kerana telah melakukan sesuatu kesalahan seperti melanggar peraturan, undang-undang dan lain-lain.,Hukuman yang biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil. 2. Hukuman: Penderitaan dan sebagainya yang dikenakan atas orang yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang.
legal sanctionisbat undang-undangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan berbentuk diplomatik, ekonomi atau ketenteraan yang dilakukan melalui sistem keselamatan kolektif yang bertujuan untuk menghukum pihak yang melanggar undangundang antarabangsa. Piagam PBB memperuntukkan Majlis Keselamatan mengambil tindakan terhadap negara yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan ketenteraan seperti pengepungan melalui jalan darat dan air, manakala isbat undang-undang tanpa ketenteraan pula adalah dengan cara memutuskan sepenuhnya atau beberapa aspek hubungan ekonomi dan komunikasi atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB pernah melakukan embargo ekonomi terhadap Rhodesia pada tahun 1966 setelah mengisytiharkan keadaan dalaman yang melibatkan krisis iredenta isbat undang-undang perkauman negara tersebut yang mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa.
contravenemelanggarKejuruteraanTiadaTiada
infringemelanggarUndang-undangTiadaTiada
contravenemelanggarUndang-undangTiadaTiada
contravenemelanggarSejarahTiadaSikap yang bertentangan atau menentang sesuatu yang tidak disetujui dalam satu perbahasan.
contravenemelanggarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas