Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.pah] | ملاڤه

Definisi : 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang (kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah ~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah; hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb pembahagian yg sama banyak (yg adil); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.pah] | ملاڤه

Definisi : mengupas kulit dan memotong-motong binatang yg sudah disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapah
Kata Terbitan : melapah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slaughter houserumah sembelihVeterinarTiadaBangunan yang digunakan untuk menyembelih ternakan yang akan dijual dagingnya dan produk lain seperti organ dalaman, kulit dan ofal. Bangunan tersebut biasanya dilengkapi dengan pelbagai alat khusus untuk kerja-kerja penyembelihan seperti ruang sembelihan dengan saluran/parit untuk mengalirkan darah, penggantung, rel, kawasan melapah dan bilik penyimpanan. Di samping itu, kawasan persekitarannya juga mempunyai bilik mengumpul ternakan dan juga ruang pemunggahan. Sesetengah rumah sembelih memberi perkhidmatan hanya penyembelihan dan melapah ternakan sahaja dengan bayaran tertentu manakala aktiviti menjual dijalankan oleh pihak lain. Di Malaysia, aktiviti yang dijalankan di rumah sembelih ini terasing antara ternakan ruminan dan babi.
kill-sitetapak penyembelihanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang menjalankan aktiviti untuk penyembelihan binatang perburuan. Bukti yang dijumpai terdiri daripada pelbagai jenis tulang binatang dan jumlah yang banyak. Alat pemukul dan penetak turut dijumpai di tapak ini yang digunakan untuk melapah dan memecahkan tulang.
hand axekapak genggamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik.
Abbevillian tool typejenis alat AbbevillianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat berbentuk seperti buah pear dengan bahagian pangkal belakang yang kasar dan bermata tajam. Artifak ini dihasilkan dengan cara hentakan antara batu api dengan batu pelandas sehingga menghasilkan repihan batu yang besar dengan kesan calar. Kemudian dilakukan perapian pada bahagian tepi. Bahagian pangkal belakang kapak genggam ini tidak dilakukan asahan, kasar dan terdapat kulit batu. Secara keseluruhan, bahagian pangkal belakang ini digunakan untuk memecahkan makanan, sementara bahagian tepi yang tajam digunakan untuk melapah daging buruan. Bahagian mata tajam pula digunakan untuk mencungkil seperti menebuk lubang pakaian dan mengorek lubang tanaman. Budaya Abbeville terkenal dengan tradisi alat batu kapak genggam.

Kembali ke atas