Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rang] | ملارڠ

Definisi : menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarang

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidopingantidopingSukanTiadaTindakan yang menentang atau melarang salah guna dadah (seperti pengedopan darah atau penggunaan steroid anabolik atau hormon pertumbuhan) untuk meningkatkan prestasi sukan.
contract of restrictionakad penyekatanEkonomiEkonomi IslamAkad yang melarang seseorang daripada menjalankan tugas atau fungsi. Tujuan akad ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta mengelakkan salah laku atau pecah amanah. Contohnya, larangan seseorang yang muflis menjadi penjamin, penarikan semula tauliah dan penamatan pelantikan amil sebagai wakil baitulmal.
exclusivityketakterangkumanUmumTiadaDasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar.
gaggamKomunikasiTiadaArahan yang diberikan oleh pihak berkuasa secara tidak formal untuk melarang seseorang individu atau kumpulan tertentu daripada diberi liputan oleh syarikat media.
rule against biasrukun larangan berat sebelahUndang-undangTiadaPrinsip keadilan asasi yang melarang seseorang daripada menghadiri sesuatu mesyuarat atau pro-siding atau terlibat dalam membuat sesuatu keputusan yang dia ada kepentingan mengenainya.
‘aqd taqyidahakad sekatanPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh satu pihak untuk melarang atau menyekat pihak lain daripada melakukan sebarang tindakan. Contohnya, pihak berkuasa menamatkan kuasa pentadbir wakaf, agensi menamatkan kuasa ejennya atau pihak mahkamah mengenakan sekatan terhadap pesakit mental, penjenayah dan kanak-kanak daripada menguruskan harta.
quarantinekarantinaBiologiPatologiPengawalan kemasukan dan penyebaran perosak melalui undang-undang, iaitu dengan melarang pemindahan perosak, tumbuhan, atau bahagian yang sakit, memeriksa tumbuhan yang masuk dan keluar, dan lain-lain lagi.
write protectionperlindungan tulisTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang ditetapkan pada ruang simpanan yang melarang pengguna atau proses daripada melakukan pengubahsuaian kepada kandungan ruang simpanan tersebut.
collective securitykeselamatan bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonsep yang mendasari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan kekerasan, yang terkandung dalam Perkara 2(4) Piagam PBB. Berdasarkan konsep ini, negara yang melakukan serangan terhadap negara lain boleh dianggap telah melakukan serangan terhadap semua anggota masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tindakan boleh diambil secara bersama menerusi Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan sekatan ekonomi dan komunikasi sebagai langkah permulaan sebelum tindakan ketenteraan dilakukan. Namun, penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh menimbulkan persoalan kesaksamaan dan keberkesanan.
unoccupied buildings insuranceinsurans bangunan tidak didiamiinsuransTiadaInsurans perniagaan yang dikeluarkan di bawah insurans kebakaran standard yang melarang kekosongan dan tidak didiami lebih daripada sesuatu masa yang ditetapkan. Kebenaran diberi kepada kekosongan yang tidak ada had dan yang tidak didiami biasanya diberi dalam bentuk yang digunakan di kawasan yang dikawal insurans tanpa sebarang bayaran premium tambahan. Dalam kawasan yang tidak dikawal kebenaran diberikan dengan mengenakan premium tambahan, apabila perlu.
123

Kembali ke atas