Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melatih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
groomingmelatih; bergayaPentadbiran PerniagaanTiadaMelatih: Mengajar atau mendidik supaya mahir.
flight simulatorpenyelaku penerbanganAeroangkasaTiadaPeralatan latihan yang digunakan untuk melatih juruterbang mengendalikan pesawat udara.,Kerusi tambahan yang terdapat dalam kokpit pesawat udara dan boleh digunakan untuk membawa pemerhati penerbangan.,Peralatan latihan yang digunakan untuk melatih juruterbang mengendalikan pesawat udara.
groomingmelatih; bergayaVeterinarTiadaTiada
retrainmelatih semulaPerubatanTiadaTiada
coaching classkelas melatihPendidikanTiadaTiada
coaching techniqueteknik melatihPendidikanTiadaTiada
coaching techniqueteknik melatihPendidikanTiadaTiada
grooming for kitchen workmelatih kerja dapurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Training and Demonstration TechnicianJuruteknik Melatih dan MenunjukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
learning organisationorganisasi pembelajaranPentadbiranPentadbiran Awam

 Institusi pengajian yang ditubuhkan khas untuk mendidik, melatih dan memberi kemahiran kepada pelajar dalam bidang tertentu. Institusi ini mempunyai sistem pendidikan yang telah ditetapkan dan disusun mengikut sukatan yang sesuai dengan tahap keperluan ijazah, diploma atau sijil. Di peringkat ijazah dan diploma, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh universiti dan kolej universiti. Manakala di peringkat sijil kemahiran vokasional dan teknikal, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Terdapat juga institusi latihan khas untuk profesion tertentu seperti kursus pentadbiran awam oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) untuk melatih pegawai tentera. 

1234

Kembali ke atas