dialectal Malay | bahasa Melayu dialek | Linguistik | Tiada | Kelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. |
wayang Melayu | wayang Melayu | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada cerita-cerita Panji. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit Melayu ialah rebab. |
wayang kulit Melayu | wayang kulit Melayu | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi ensembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.
|
gamelan Melayu | gamelan Melayu | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Terengganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentato |
gendang Melayu (Mal) | gendang Melayu | Kesenian | Tiada | Pasangan gendang anak dan gendang ibu. |
gamelan Melayu (Mal) | gamelan Melayu | Kesenian | Tiada | Kesenian gamelan yang berkembang di Terengganu dan Pahang. |
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) | Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) | Umum | Tiada | Kaedah belajar bahasa Melayu secara isyarat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. |
private trading | perdagangan sendirian | Sejarah | Tiada | Perdagangan yang dijalankan secara sendirian oleh pedagang sendirian dalam semua dagangan dengan raja-raja Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. |
sarang kayu | sarang kayu | Kesenian | Seni Batik | Sarang diperbuat daripada kayu lembut dan berukir corak, sebagai mata, untuk mengecapkan batik asli Melayu. Batik asli Melayu tidak menggunakan lilin sebagai bahan penahan warna kerana kain akan dicap terus dengan sarang ini. Kini membatik cara ini tidak diamalkan lagi, tetapi kaedah inilah yang dimodenkan untuk mengecap kain batik ela dengan mesin. |
bangsawan | bangsawan | Muzik | Tiada | Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam. |