Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.bur.kan] | ملبورکن

Definisi : 1. menjadikan hancur (lebur dll), menghancurkan: panas drpd pem­bakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; 2. memusnah­kan, merosakkan: dgn keris dan lembing pd tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; 3. memansuhkan sesuatu dan mengganti­kan (menggabungkan) dgn yg lain: salah satu yg mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis; ~ diri (kpd, ke dlm) menyertakan diri, menggabungkan diri: ~ diri ke dlm parti politik; ~ diri ke dlm kegiatan persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.bur.kan] | ملبورکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2 memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3 membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebur (adjektif)
1. Bersinonim dengan cair: luluh, hancur,

2. Bersinonim dengan rosak: jahanam, musnah, binasa,

Kata Terbitan : melebur, meleburkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extruderpenyemperitKejuruteraanPolimerMesin yang di samping meleburkan pelet plastik mampu mengepam leburan pada kadar aliran yang malar ke arah dai untuk penghasilan profil dan kepingan plastik.
glass tanktangki kacaKimiaTiadaRelau untuk membuat kaca dengan meleburkan komponen-komponen kaca.
soldering ironbesi pemateriTeknikElektrikAlat pemateri yang menggunakan pemanas elektrik untuk meleburkan pateri. Mata pemanas ini dibuat daripada tembaga supaya cepat panas dan dengan itu pateri mudah lebur.
molar heat of fusionhaba pelakuran molarFarmasiTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk meleburkan satu mol pepejal pada takat lebur.
alloyaloiKimiaTiadaCampuran dua logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi disediakan dengan meleburkan campuran juzuk yang berkenaan, yang kemudiannya dibiarkan sejuk untuk membentuk pepejal. Lazimnya, aloi lebih keras daripada juzuk utamanya, tahan kakis dan tahan karat. Misalnya, loyang yang terdiri daripada campuran 80% kuprum dan 20% zink,,,,; gangsa, iaitu campuran 85% kuprum dan 15% stanum; keluli tahan karat, iaitu campuran 18% kromium, 8% nikel, dan 74% ferum.
tax managed utility mutual funddana amanah utiliti terurus cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaDana amanah yang dilaburkan dalam syarikat utiliti dan meleburkan semula dividen dengan membeli saham tambahan dalam syarikat utiliti berkenaan. Pemegang saham tidak menerima faedah selain untung terealis daripada pertambahan nilai aset bersih apabila menjual unit dana tersebut.
soldering gunpistol pemateriTeknikElektrikPeranti untuk memanaskan pateri secara elektrik, dan bentuknya seperti pistol. Muncungnya menjadi sasaran untuk memanaskan dan meleburkan pateri.
Frasch processproses FraschGeologiTiadaProses untuk melombong sulfur jati dengan memasukkan air lampau panas ke dalam mendapan dengan paksa untuk tujuan meleburkan sulfur dan sulfur yang lebur kemudiannya dipam ke permukaan.
expansion vesselbejana pengembanganKimiaTiadaSinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan.
expansion vesselbejana pengembanganKejuruteraanPetroleumSinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan.
12

Kembali ke atas