completing the square | melengkapkan kuasa dua | Matematik | Tiada | Menjadikan sesuatu ungkapan kuadratik kepada bentuk yang mengandungi kuasa dua sempurna. |
apexogenesis | apeksogenesis | Pergigian | Tiada | Proses melengkapkan pembentukan akar bagi gigi berkaries besar yang masih vital tetapi akarnya masih belum tertutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Proses ini dilakukan dengan membuang keseluruhan bahagian koronal kebuk sehingga ke lantai kebuk pulpa. Selepas pendarahan pulpa dikawal, simen kalsium hidroksida diletakkan di kawasan bumbung sebelum restorasi tetap dibuat. Pembentukan akar gigi ini akan diperhatikan sehingga lengkap dengan cara mengambil radiograf setiap enam bulan. Setelah selesai pembentukan akar, gigi ini akan dianalisis kembali kevitalannya dan sekiranya tidak lagi vital, rawatan kanal akar harus dilakukan. |
apexification | pengapeksan | Pergigian | Tiada | Proses melengkapkan pembentukan akar gigi tidak vital yang masih belum tutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Prosedur ini dijalankan dengan membersihkan kanal gigi secara mekanikal dan kemudian memasukkan simen kalsium hidroksida dalam seluruh akar gigi. Simen ini harus digantikan setiap tiga hingga empat bulan dan status akar dianalisis kembali dengan mengambil radiograf setiap enam bulan untuk memastikan pembentukan akar telah lengkap. Tempoh rawatan mengambil masa 12 - 18 bulan. Apabila pembentukan akar telah lengkap, rawatan endodontik konvensional boleh dijalankan. |
endophyte | endofit | Biologi | Patologi | Organisma yang melengkapkan kitar hidupnya di dalam sel perumah tetapi tumbuhan yang didiami tidak menunjukkan sebarang gejala. |
anticodon | antikodon | Fizik | Tiada | Suatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus. |
anticodon | antikodon | Perubatan | Tiada | Suatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus. |
anticodon | antikodon | Kimia | Tiada | Suatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus. |
biennial | bienial | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan tumbuhan yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun, biasanya episod pembiakan utama berlaku pada tahun kedua. Misalnya, rumput jarum, Burmannia disticha. |
holoplankton | holoplankton | Biologi | Ekologi | Haiwan yang hidup dan melengkapkan edaran hidupnya dalam keadaan terapung. |
period | kala | Teknik | Elektrik | Masa yang diambil untuk melengkapkan satu kitar fungsi yang berulang. Misalnya, bekalan arus ulang-alik 50 Hz mempunyai 50 kitar sesaat atau 1/50 minit bagi satu kala. |