Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lé.rét] | مليريت

Definisi : 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah senyuman yg manis; senyumannya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.rét] | مليريت

Definisi : panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.rét] | مليريت

Definisi : berpanjang-panjang (per­bualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit­-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.rét] | مليريت

Definisi : 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leret2
Kata Terbitan : berleret, meleret, meleret-leret,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prolix writwrit meleretUndang-undangTiadaTiada
prolix documentdokumen meleretUndang-undangTiadaTiada
assisted rollleret panduSukanTiadaPergerakan meleret alat seperti bola dan gelung dengan bantuan tangan atau kaki.
boomerang rollleret bumerangSukanTiadaPergerakan meleret alat yang mesti kembali ke tempat permulaan. Pergerakan ini menggunakan gelung.
lateral rollleret sisiSukanTiadaPerbuatan meleret bola dan gelung pada satah sisi.
grubber kicktendang leretSukanTiadaTendangan rendah dengan bola meleret ke hadapan.
trailingtitis leretKejuruteraanTiadaTeknik menghias permukaan tembikar dengan meleret lelehan slip likat ke atas tembikar tersebut.
theatricalityketeateranKesenianDrama dan TeaterPernyataan yang menjelaskan sebarang perkara yang bersangkutan dengan elemen teater. Drama yang mempunyai dialog panjang dan meleret-leret tanpa sokongan aksi dan teknik teater yang seimbang boleh dianggap tidak bersifat keteateran.
involuntary loss/ involuntary contacthilang kawalanSukanTiadaKeadaan apabila atlet tidak dapat mengawal alat dengan sempurna semasa melakukan sesuatu pergerakan seperti melambung dan meleret alat. Markah akan ditolak.
structurestrukturKesusasteraanTiadaSuatu kerangka karya yang diaturkan termasuk plot sesuatu karya (novel, puisi, drama, esei). Kerangka karya itu bergantung pada jenis cerita yang ingin dilahirkan oleh penulis. Contohnya, novel yang plot dan aksinya memainkan peranan penting berkemungkinan mempunyai struktur yang lebih kompleks berbanding dengan cerita yang menekankan pembangunan watak. Novel pikares mempunyai struktur kejadian yang tidak mengikut urutan (random), tetapi kebanyakan novel lain tidak sedemikian. Cerita yang realistik sering diceritakan secara kronologi atau mengikut atur kejadian. Walau bagaimanapun, penulis berhak dan mempunyai pilihan untuk mengubah kronologi tersebut menerusi kaedah imbas kembali atau imbas hadapan. Pembinaan bab, perenggan, dan ayat boleh dijadikan panjang atau pendek. Kaedah persembahan bahan boleh dibuat dalam bentuk pandangan secara dekat atau dari jauh, atau dengan rentak yang perlahan, meleret-leret, serta cepat dan tepat pada maknanya. Lihat juga novel pikares.

Kembali ke atas