window shopping | tinjau kedai | Kesenian | Tiada | Mengunjungi atau melihat-lihat pakaian atau perhiasan di kedai. |
browse | layar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin. |
cross-reference | rujukan silang | Perpustakaan | Tiada | Dalam pengindeksan dan pengkatalogan terdapat arah hala yang menggunakan kata 'lihat-' dan 'lihat juga-' untuk mencari butiran yang berkaitan dengan subjek yang dicari, atau untuk melihat butiran lain pada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan subjek yang dikehendaki. |
subjective camera | kamera subjektif | Komunikasi | Tiada | Kamera yang membuat tangkapan melalui sudut pandangan watak, seolah-olah kamera mewakili watak dalam melihat subjeknya. Lihat juga: tangkap sudut pandangan. |
mirror shutter | pengatup cermin | Komunikasi | Tiada | Pengatup kamera yang mempunyai kemudahan cermin untuk membalikkan imej bagi memudahkan jurukamera melihat imej yang dirakamkan. Lihat juga: pemidang tilik. |
viewing time | masa lihat | Sosiologi | Tiada | Masa yang diberi untuk melihat maklumat pada skrin. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
biomacromolecule | biomakromolekul | Sains Forensik | Tiada | Molekul bioaktif yang berjisim molekul tinggi seperti protein, DNA dan RNA. Ahli forensik menggunakan kaedah elektroforesis untuk memisahkan biomakromolekul dan melihat corak pemisahannya seperti yang dilakukan dalam perbandingan profil DNA. Lihat juga DNA berjisim molekul tinggi. |
resource-based view | pandangan berasaskan sumber | Pengurusan | Perancangan | Suatu pandangan yang melihat bahawa faktor dalaman adalah lebih penting daripada faktor luaran bagi sesebuah organisasi untuk mencapai dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan. Faktor dalaman terdiri daripada tiga kategori, iaitu sumber fizikal (seperti bahan mentah, mesin dan teknologi), sumber manusia (seperti pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pekerja) dan sumber organisasi (seperti pangkalan data, hak cipta dan paten). Kekuatan faktor dalaman membolehkan organisasi melaksanakan strategi yang cekap dan berkesan, seterusnya membawa kepada kelebihan dalam persaingan yang mampan. Lihat juga kelebihan saingan mampan. |
recension | resensi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�. |