cone of visibility | kerucut ketampakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ruang berbentuk kerucut yang puncaknya merupakan sasaran di permukaan bumi, yang membolehkan juruterbang melihatnya apabila pesawat udara berada di dalam kerucut ini pada ketinggian tertentu. |
dithering | penditeran | Komputer | Tiada | 1. Pencampuran titik halus warna untuk menghasilkan kesan yang kelihatan seperti warna baru. Titik-titik ini terlalu rapat sehingga mata manusia melihatnya sebagai satu. 2. Teknik dalam grafik komputer untuk meningkatkan keamatan paparan apabila imej dan peleraian peranti paparan tidak sekata. |
soft copy | salinan lembut | Pendidikan | Tiada | Output komputer dalam bentuk audio, video, atau bentuk lain yang dipersembahkan untuk pancaindera pengguna dan masih memerlukan perkakasan untuk melihatnya. |
soft copy | salinan lembut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Output komputer dalam bentuk audio, video, atau bentuk lain yang dipersembahkan untuk pancaindera pengguna dan masih memerlukan perkakasan untuk melihatnya. |
Gestalt | prinsip lengkapan | Psikologi | Psikologi Umum | Prinsip yang menjelaskan tentang persepsi, ingatan atau pemikiran yang berkecenderungan untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap, yang kemudiannya dilihat sebagai cukup sempurna, baik dan berada dalam bentuk yang simetri. Contohnya, gambar yang dilakarkan tidak lengkap akan dipersepsikan lengkap oleh orang yang melihatnya. Prinsip lengkapan dikenali juga sebagai hukum penutupan. |
linear perspective | perpsektif linear | Psikologi | Psikologi Umum | Perspektif yang membuatkan individu melihat kedalaman pada gambar atau permukaan dua dimensi dan mengagak kedalamannya dengan sebelah mata. Tanda saran ini berasaskan kepada kenyataan bahawa dua garisan yang selari akan bertemu di hujungnya. Contohnya, individu yang berdiri di antara dua garisan lurus dan selari seperti landasan keretapi akan melihatnya sebagai dua garisan yang bertemu di penghujungnya dan dengan itu mempersepsikannya sebagai jauh. |
facade | fakad | Kesenian | Seni Bina | Bahagian luar bangunan yang paling menyerlah, iaitu di bahagian hadapan bangunan atau bahagian sisi bangunan yang menghadap kawasan laluan orang ramai. Fakad merupakan elemen utama dalam seni bina yang mampu menyampaikan maksud dan fungsi sesuatu bangunan. Fakad ibarat wajah bangunan supaya ciri-ciri kecantikan dapat ditonjolkan dan reka bentuk elemennya dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Istilah ini berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "bahagian hadapan" atau "muka". Sinonim mukaan. |
corporate image | citra korporat | Komunikasi | Korporat | Gambaran citra sesebuah organisasi atau syarikat. Gambaran ini wujud dalam dua keadaan. Pertama, citra yang diwujudkan dan dibina oleh organisasi atau syarikat itu sendiri. Kedua, citra yang dipersepsikan oleh khalayak luar organisasi atau syarikat berkenaan. Citra yang diwujudkan oleh organisasi terbentuk daripada falsafah dasar dan format operasi sesebuah organisasi berkenaan. Contohnya, Universiti Putra Malaysia mempunyai citra sebagai sebuah universiti pertanian, sementera Universiti Kebangsaan Malaysia pula mempunyai citra kebangsaan dan negara bangsa. Citra yang wujud daripada persepsi khalayak pula terbentuk hasil daripada prestasi yang ditonjolkan oleh organisasi itu sendiri. Contohnya, Universiti Putra Malaysia yang berusaha membentuk citra baharu melalui perubahan nama, namun persepsi khalayak masih melihatnya sebagai sebuah institusi yang berteraskan pertanian. Citra organisasi boleh dilambangkan melalui falsafah, visi dan misi, warna, simbol, slogan, atau reka bentuk bangunan. Pengamal komunikasi |