Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Hinggap mari Gunung Daik;
Putih kuning sanggul melintang,
     Itulah tanda hati tak baik.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corak melintangcorak melintangKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk garis melintang.
potong wajik melintangpotong wajik melintangKesenianTiadaCorak tekat yang berunsur geometri yang mengambil bentuk potongan kuih wajik secara melintang.
Q wavegelombang QGeologiTiada1. Gelombang melintang yang merambat di sepanjang sempadan dua medium kenyal yang kedua-duanya mempunyai ketegaran, iaitu kedua-dua medium mesti berkeupayaan untuk merambatkan gelombang melintang.,2. Gelombang seismos permukaan yang zarah-zarah daripada suatu medium kenyalnya bergetar melintang dengan arah pergerakan gelombang.
cross deckgeladak melintangKejuruteraan AutomotifTiadaBahagian yang memegang stereng yang dikimpal melintang di ruang hadapan tempat pemandu.
cross deckgeladak melintangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang memegang stereng yang dikimpal melintang di ruang hadapan tempat pemandu.
transverse magnetic modemod magnet melintangFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanMod gelombang magnet melintang tertentu yang merambat di dalam pemandu gelombang atau rongga.
transverse electromagnetic modemod elektromagnet melintangFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanMod rambatan gelombang elektromagnet melintang tertentu di dalam pemandu gelombang atau rongga.
wave impedanceimpedans gelombangFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanNisbah komponen melintang medan elektrik terhadap komponen melintang medan magnet pada setiap titik dalam satah tertentu bagi suatu pemandu gelombang.
heterogenous rayruji heterogenPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRuji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat.
plateplatKejuruteraanKejuruteraan KimiaPeralatan berbentuk keratan nipis dan berliang yang diatur secara melintang dan bersiri di dalam turus penyulingan dan penyerapan. Wap bergerak ke atas menerusi liang lalu bersentuh dengan cecair yang mengalir melintang di atas permukaan plat bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara kedua-dua fasa. Antara jenis plat yang boleh didapati adalah jenis liang dan tukup gelembung.
12345678910...

Kembali ke atas