droll | drol | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan yang pendek komik atau watak yang melucukan. |
comedian | pelawak | Komunikasi | Tiada | Orang yang menghiburkan khalayak dengan gerak-geri dan gaya yang melucukan. |
comic fool | watak pandir | Kesenian | Drama dan Teater | Peranan yang memperlihatkan ciri lurus bendul dan sentiasa melakukan aksi yang melucukan. |
anticlimax | antiklimaks | Kesusasteraan | Tiada | atau percakapan daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang luar biasa, remeh-temeh atau melucukan. |
comic relief | kelegaan komik | Kesenian | Drama dan Teater | Mekanisme dalam plot drama yang tegang dengan menyelitkan situasi yang lebih ringan atau melucukan bagi memberikan kelegaan kepada khalayak. |
paratextuality | paratekstualiti | Kesusasteraan | Tiada | Pencedokan bahan daripada karya asal yang kemudiannya digunakan dalam teks baharu bertujuan menghasilkan parodi. Parodi ialah karya sastera yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir. |
liturgical play | lakon liturgi | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang mengemukakan kisah keagamaan melalui dialog dan aksi dramatik untuk menampakkan peristiwa itu lebih berkesan. Corak teater ini kemudiannya berkembang dengan memasukkan unsur sekular dan aksi yang melucukan. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Ciri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal. |
humour appeal | pemikat lucu | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi d |
facial feedback | maklum balas muka | Psikologi | Psikologi Umum | Malumat tentang kedudukan otot muka yang dihantar melalui saraf kranium muka ke otak tentang emosi yang dilahirkan. Contohnya, otot muka individu yang menguntum senyum akan dibawa ke otak oleh saraf kranium muka yang boleh diinterpretasikan sebagai sedang bergembira, sebaliknya individu yang menggertap gigi akan dibawa ke otak untuk diinterpretasikan sebagai seseorang yang sedang marah. Maklum balas muka boleh mempengaruhi keadaan emosi yang boleh menjejaskan niat seseorang untuk bertindak secara berlainan. Contohnya, individu yang bersedih, ototnya akan turut terlibat sehingga apabila disuruh senyum individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk senyum dengan sempurna. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan ceria, sebarang perkara yang melucukan akan membuatkan individu itu lebih mudah untuk ketawa. |