equation of equilibrium | persamaan keseimbangan | Mekanik | Gunaan | Sepasang persamaan vektor yang menjadi syarat keseimbangan jasad atau sistem jasad. Persamaan tersebut ialah, S F = 0 S M = 0 dengan S F sebagai daya paduan dan S M sebagai momen paduan yang bertindak pada jasad. Ungkapan pertama menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, hasil tambah bagi semua daya yang bertindak pada jasad adalah sifar. Ungkapan kedua pula menyatakan bahawa, untuk keseimbangan, jumlah momen di sekitar sebarang paksi adalah sifar. Kedua-dua syarat yang dimanifestasikan oleh ungkapan-ungkapan itu adalah perlu dan memadai untuk keseimbangan. Persamaan itu dikatakan perlu kerana apabila keadaan pertama sahaja wujud, akan berlaku ketakseimbangan dari segi putaran; sebaliknya, jika keadaan yang kedua sahaja wujud, ketakseimbangan wujud dari segi alihan. Persamaan itu dikatakan memadai kerana, apabila kedua-dua syarat dipenuhi, maka tiada syarat yang lain diperlukan lagi untuk keseimbangan. Perhatikan bahawa untuk zarah, syarat kedua S M = 0 tidak relevan dan syarat S F = 0 adalah perlu dan memada |