Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.dam.kan] | ممادمکن

Definisi : 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.dam.kan] | ممادمکن

Definisi : 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
switch offmemadamkanFizikTiadaTiada
switch offmemadamkanKejuruteraanTiadaTiada
erase headkepala padamSosiologiTiadaBahagian yang memadamkan pita kaset.
fire pumppam bombaKejuruteraanTiadaPam air untuk memadamkan api yang digunakan oleh pihak bomba.
video cassette eraserpemadam kaset videoSosiologiTiadaAlat untuk memadamkan maklumat yang tersimpan dalam kaset video.
fire suppression methodkaedah pemadam kebakaranPerhutananTiadaCara mengawal atau memadamkan kebakaran bagi melindungi dirian hutan daripada terbakar sama ada segi biologi, kimia, fizik atau teknikal.
fused biconical taper techniqueteknik tirus dwikon lakurKejuruteraanTiadaTeknik memadamkan fasa gelombang ganding gentian tirus.
fire suppression equipmentperalatan pemadam kebakaranPerhutananTiadaPerkakas yang digunakan untuk memadamkan api seperti pam air, salur, baldi, penyodok dan pemukul api.
fire suppression methodkaedah pemadam kebakaranPerhutananPengurusan HutanCara mengawal atau memadamkan kebakaran bagi melindungi dirian hutan daripada terbakar sama ada segi biologi, kimia, fizik atau teknikal.
antivirusantivirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang digunakan untuk mengesan, mengasingkan, memadamkan, dan melaporkan virus atau kod hasad dalam sistem komputer.
123

Kembali ke atas