Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,

Puisi
 

Orang seberang mengutip paku,
     Anak kumbang terayap-rayap;
Orang seberang memanggil aku,
     Hendak terbang tiada sayap.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
invocationseru pujaKesusasteraanTiadaJampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri.
paging systemsistem keluiKejuruteraanTiadaSistem komunikasi untuk memanggil seseorang dengan menggunakan alat kelui atau untuk membuat pengumuman awam.
competitor stewardpengawas pesertaSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab memanggil dan mengumpulkan peserta sebelum setiap acara. Sinonim: clerk of course
boatswain callwisel bosunPelayaranTiadaWisel yang ditiup untuk memanggil atau memberitahu anak kapal untuk bersedia menerima arahan.
clerk of coursepengawas pertandinganSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab memanggil dan mengumpulkan peserta sebelum setiap acara.
boatswain's pipepaip bosunPelayaranTiadaWisel yang ditiup untuk memanggil atau memberitahu anak kapal untuk bersedia menerima arahan.
recall starterpelepas panggil semulaSukanTiadaPegawai yang ditugaskan untuk memanggil balik peserta apabila sesuatu kesalahan permulaan dilakukan dengan membuat tembakan pistol.
line finderpencari talianKejuruteraanTiada1. Mekanisme pensuisan yang menentukan talian telefon yang memanggil dari suatu kumpulan, dan menyambungkannya kepada sesalur, pemilih atau penyambung.,2. Peranti elektromekanik yang, secara automatik, menyuap baris platen pencetak kepada baris yang telah ditentukan pada borang tercetak.
calling modulemodul panggilTeknologi MaklumatTiadaModul tidak dipanggil oleh mana-mana modul lain tetapi sentiasa memanggil modul lain.
boss modulemodul bosTeknologi MaklumatTiadaModul yang tidak dipanggil oleh mana-mana modul lain tetapi sentiasa memanggil modul lain.
12

Kembali ke atas