Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ni.pu.la.si.kan] | ممانيڤولاسيکن

Definisi : 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg cu­rang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ni.pu.la.si.kan] | ممانيڤولاسيکن

Definisi : 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanipulasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyptographykriptografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBidang ilmu yang melibatkan kaedah memanipulasikan kandungan data dalam mesej untuk memastikan kerahsiaan dan keutuhan mesej. Kaedah ini menggunakan mekanisme penyulitan dan penyahsulitan. Mesej diubah supaya tidak difahami dan mengelirukan pihak yang tidak patut menerimanya bagi tujuan keselamatan.
visuoconstructive capacitykapasiti visuokonstruktifPerubatanPsikiatriKebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu dan memanipulasikan objek.
coordinated inauthentic behavior (CIB)kelakuan manipulatif selarasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTaktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial.
HDML (hierarchical data manipulation language)HDML (bahasa manipulasi data berhierarki)Teknologi MaklumatTiadaBahasa yang digunakan untuk memanipulasikan satu rekod pada satu masa dalam pangkalan data berhierarki.
video capture cardkad penangkapan videoTeknologi MaklumatTiadaKad tambah yang membolehkan kamera video atau VCR disambung ke komputer dan memanipulasikan input video.
crash zoomluru pantasKomunikasiTiadaPergerakan kanta kamera yang dilakukan secara pantas semasa merakamkan sesuatu subjek. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara memanipulasikan ukuran jarak kanta pada kamera.
grid computingpengkomputeran gridTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran yang menghasilkan keupayaaan sama seperti superkomputer untuk memproses masalah besar dengan mengagihkan masalah tersebut dan memanipulasikan masa pemprosesan yang tidak digunakan oleh beberapa stesen kerja yang disambungkan dalam satu rangkaian komputer. Setiap stesen kerja akan diberikan sebahagian tugas daripada masalah besar tersebut untuk diselesaikan. Ini bermakna, pengkomputeran grid melibatkan pelbagai sistem komputer yang berada pada lokasi yang berlainan dengan menggunakan aplikasi tertentu yang menggunakan perpustakaan perisian grid dan perisian tengah. Teknologi ini banyak digunakan dalam pengkomputeran saintifik seperti penyelidikan biologi molekular dan pelbagai aplikasi perdagangan seperti e-dagang. Kelebihan pengkomputeran grid ialah setiap nod boleh digabungkan menghasilkan sumber pengkomputeran yang sama seperti superkomputer dengan kos yang murah.
dalangdalangMuzikTiada

 Individu yang memanipulasikan patung wayang kulit dan melengkapkan cerita dengan dialog serta nyanyian bagi semua watak. Dalang juga mengendalikan upacara ritual sebelum bermulanya sesuatu persembahan.

troll farmkumpulan hasut mayaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKumpulan orang yang diupah untuk membuat hantaran dalam media sosial yang bersifat provokatif untuk menimbulkan konflik atau memanipulasikan pendapat awam.

Kembali ke atas