corrective action | tindakan membaiki | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha yang dilakukan untuk membaik pulih kesilapan dan kelemahan yang wujud dalam organisasi atau projek yang dilaksanakan. Tindakan membaiki akan diambil setelah sesuatu kelemahan yang boleh menjejaskan pencapaian matlamat organisasi telah dikenal pasti berdasarkan laporan pemantauan dan penilaian semasa. Walau bagaimanapun tindakan membaiki masih perlu berpandukan kepada pelan tindakan asal yang telah direncanakan supaya tidak tersasar daripada matlamat asal projek atau organisasi. Antara contoh tindakan membaiki yang biasa diambil ialah penukaran corak pengurusan organisasi, pengurangan kakitangan, penggantungan kerja, penambahan peruntukan kewangan, pelantikan perunding dan pengemaskinian program latihan dan pembangunan. |
sulak | sulak | Kesenian | Seni Batik | 1. Proses membaiki corak batik lilin yang rosak, sama ada dengan memperbaiki atau menambah corak yang ada. 2. Proses membaiki dan menambah corak yang rosak pada stensil skrin untuk batik stensil-siap. |
squeeze cementing | penyimenan himpit | Kejuruteraan | Petroleum | Kaedah penyimenan sekunder dalam operasi penyimenan telaga minyak. Antara lain, tujuan penyimenan ini adalah untuk mengasingkan atau memencilkan sesuatu formasi berpengeluaran dengan formasi-formasi lain menutup jalan masuk air atau gas, membaiki selongsong yang bocor, membaiki penyimenan primer yang rosak atau kurang sempurna dan lain-lain. dalam kaedah ini buburan simen dipamkan dengan tekanan tinggi masuk ke bahagian tertentu dalam telaga untuk mengedap bahagian tersebut. |
tissue repair | pembaikan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
repairing | membaiki | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
repairing | membaiki | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
mending | membaiki lembaran | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
motor repair | membaiki motor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
household repair | membaiki alatan rumah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
repair job | kerja membaiki | Pentadbiran | Tiada | Tiada |