Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalikkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reflectionpantulanMatematikTiadaPenjelmaan yang membalikkan titik-titik satu satah terhadap suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah: (i) Objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan; (ii) Objek dan imejnya mempunyai jarak yang sama dari paksi pantulan; (iii) Bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik; (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri.
mirrorcerminKejuruteraanTiadaPermukaan yang boleh membalikkan sejumlah besar cahaya tuju.
blast deflectorpemantul ledakanAeroangkasaTiadaPemantul yang membalikkan ledakan supaya roket dapat dilancarkan pada kedudukan menegak.
back mutationmutasi balikBioteknologiTiadaMutasi yang membalikkan kesan mutasi ke depan dengan mengekalkan jujukan nukleotida asal sehingga dapat mengekalkan fenotip liar. bd. mutasi ke depan.
loop turnerpembalik gelungKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk membalikkan gelung.
zero tillagepemugaran sifarPertanianAgroteknologiAmalan pertanian yang tidak membalikkan atau mencakar tanah bagi membersihkan kawasan daripada rumpai dalam penyediaan tanah sebelum penanaman dilkakukan. Sebaliknya, tanah perlu dibersihkan daripada rumpai dengan menggunakan racun herba dan benih ditanam terus. Amalan ini bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah yang boleh berlaku dengan pemecahan butiran dan struktur tanah akibat pemugaran.
reflexrefleksBiologiFisiologi1. Dibalikkan. 2. Tindakan atau gerakan membalikkan seperti jumlah tindakan sesuatu aktiviti luar kawal (involuntari) khusus terhadap gerak balas suatu rangsangan pada saraf periferal yang dipancar ke pusat saraf di dalam otak atau saraf tunjang, seperti refleks patela, refleks triseps dan lain-lain.
reflective finishkemasan balikanKesenianTiadaKemasan yang berkilat hingga boleh membalikkan gambaran sekelilingnya.
antimutagenantimutagenBioteknologiTiadaBahan yang dapat memperlahan keadaan mutasi atau membalikkan tindakan sesuatu mutagen.
turnbelit; belokan;balik(sukan air)SukanTiada1. Balik: Perenang yang membalikkan badan diakhir perlumbaan, sambil kedua kaki membuat lonjakan ke belakang pada acara kuak lentang sukan renang.
123

Kembali ke atas