abstention | berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Berkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara. |
objector | pembantah | Undang-undang | Tiada | seseorang pemilih yang membantah kemasukkan namanya atau nama seeorang lain di dalam daftar pemilih. |
civil disobedience campaign | kempen keingkaran awam | Sejarah | Tiada | Pakatan untuk tidak mematuhi atau membantah undang-undang sebagai sebahagian daripada politik. |
strike | mogok | Pentadbiran | Tiada | Keengganan atau penarikan diri pekerja untuk meneruskan kerja sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
local enquiry (election) | siasatan tempatan | Undang-undang | Tiada | Siasatan yang diadakan apabila diterima representasi daripada pihak-pihak tertentu yang membantah syor Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengubah mana-mana bahagian pilihan raya. |
persistent objector rule | peraturan pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan. |
agreeableness | kebersetujuan | Psikologi | Tiada | Sikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif. |
acquiescence | akur siratan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persetujuan yang dilakukan secara tersirat dan tidak secara nyata, iaitu apabila sesebuah negara atau subjek undangundang antarabangsa tidak melakukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara lain. Persetujuan seumpama ini boleh memberi kesan tertentu, seperti menghilangkan hak yang dinikmati oleh pihak yang tidak membantah. Contohnya, sebuah negara yang tidak membuat bantahan terhadap tindakan negara penceroboh yang menduduki wilayahnya akan menyebabkan negara tersebut akhirnya kehilangan hak ke atas wilayah berkenaan. |
acquiescence | akur siratan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persetujuan yang dilakukan secara tersirat dan tidak secara nyata, iaitu apabila sesebuah negara atau subjek undang-undang antarabangsa tidak melakukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara lain. Persetujuan seumpama ini boleh memberi kesan tertentu, seperti menghilangkan hak yang dinikmati oleh pihak yang tidak membantah. Contohnya, sebuah negara yang tidak membuat bantahan terhadap tindakan negara penceroboh yang menduduki wilayahnya akan menyebabkan negara tersebut akhirnya kehilangan hak ke atas wilayah berkenaan. |
persistent objector | pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang menyanggah sesuatu amalan negara lain secara berpanjangan, tanpa gagal. Walaupun amalan tersebut pada akhirnya menjadi undang-undang adat antarabangsa yang mengikat semua negara, tetapi undang-undang adat antarabangsa tidak akan mengikat negara pembantah berterusan tersebut. Tiada kewajipan antarabangsa yang boleh diberikan kepada sesebuah negara tanpa persetujuan negara berkenaan kerana semua negara merupakan entiti yang berdaulat. Sekiranya sesebuah negara tidak membantah sesuatu amalan negara lain, maka tindakan berdiam diri boleh dianggap sebagai menyatakan persetujuan secara tersirat. Contoh negara pembantah berterusan ialah Norway dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries yang diputuskan pada tahun 1951. Dalam kes ini, Norway menggunakan garis pangkal lurus untuk menetapkan perairan wilayahnya. Britain mendakwa Norway telah melanggar undang-undang adat antarabangsa kerana tidak menggunakan garis pangkal normal yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Kesannya, perairan |