Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tut.kan] | ممبنتوتکن

Definisi : menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka? rasuah akan ~ usaha pembangunan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tut.kan] | ممبنتوتکن

Definisi : menyebabkan jadi terhalang; menyekat; menghalang: Rasuah akan ~ usaha pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantutkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retardantpembantutPertanianAgronomi

 Bahan atau hormon yang digunakan sama ada disapu atau disembur untuk melambatkan pertumbuhan sel. Tujuan penggunaan pembantut adalah untuk mendapatkan pokok yang bersaiz kecil. Contohnya, paclobutrazol (Cultar«) adalah bahan pembantut yang membantutkan pertumbuhan pucuk tanaman mangga.

development constraintshalangan pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat.

cement additivebahan tambah simenKimiaTiadaBahan-bahan yang ditambahkan ke dalam buburan simen dengan tujuan untuk mengubah sifat simen atau mendapatkan sifat-sifat tertentu dari simen, sesuai dengan keperluannya. Terdapat berbagai jenis bahan tambah misalnya pemecut, agen pengawal kehilangan bendalir dan lain-lain, sesuai dengan sifat yang dikehendaki. Di antara tujuan utama penggunaan bahan tambah adalah seperti berikut:- 1) Mengurangkan ketumpatan buburan dan meningkatkan isipadu buburan. 2) Meningkatkan masa pengerasan dan membantutkan pengesetan. 3) Mengurangkan masa penungguan simen dan meningkatkan kekuatan awal simen.
cement additivebahan tambah simenKejuruteraanPetroleumBahan-bahan yang ditambahkan ke dalam buburan simen dengan tujuan untuk mengubah sifat simen atau mendapatkan sifat-sifat tertentu dari simen, sesuai dengan keperluannya. Terdapat berbagai jenis bahan tambah misalnya pemecut, agen pengawal kehilangan bendalir dan lain-lain, sesuai dengan sifat yang dikehendaki. Di antara tujuan utama penggunaan bahan tambah adalah seperti berikut:- 1) Mengurangkan ketumpatan buburan dan meningkatkan isipadu buburan. 2) Meningkatkan masa pengerasan dan membantutkan pengesetan. 3) Mengurangkan masa penungguan simen dan meningkatkan kekuatan awal simen.

Kembali ke atas