Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.nam.kan] | ممبنمکن

Definisi : 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.nam.kan] | ممبنمکن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membenamkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
embedbenamPerubatanTiadaProses membenamkan spesimen tisu ke dalam bahan pejal untuk mengekalkan struktur tisu tersebut semasa penghirisannya. Proses ini merupakan sebahagian daripada proses penyediaan spesimen tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
nail punchpenumbuk pakuKesenianTiadaAlat untuk membenamkan kepala paku pada permukaan benda kerja.
quenchsejukan segeraPerubatanTiada1. Menyejukkan sesuatu yang panas dengan membenamkan dalam air atau minyak.
buried heterostructuregeometri heterostruktur benamKejuruteraanTiadaGeometri laser diod yang membenamkan lapisan aktif indeks biasan tinggi ke dalam lapisan indeks biasan rendah.
reinforcementpengukuhanKejuruteraanTiada1. Peneguhan: Penguatan konkrit, plaster atau mortar dengan membenamkan rod-rod keluli atau jejaring dawai di dalamnya.,2. Tetulang: Rod keluli atau jejaring dawai yang dibenamkan dalam konkrit, plaster atau mortar untuk memperkukuhkannya.,3. Amaun logam kimpalan mengunjur di atas logam induk
deadbait legeringpembenaman umpanPerikananTiadaKaedah memancing menggunakan umpan semula jadi dengan membenamkan umpan ke dasar sungai atau tasik. Melalui kaedah ini, pemberat gerak digunakan untuk menetapkan kedudukan umpan.
pile headkepala cerucukKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian atas cerucuk konkrit pratuang yang dilindungi oleh pelapik kayu semasa kerja-kerja membenamkan cerucuk ke dalam tanah.
hammertukulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat pengetuk yang kepalanya diperbuat daripada keluli keras dan hulunya daripada plastik atau kayu. Tukul digunakan untuk mengetuk dan membenamkan paku ke permukaan benda dalam kerja kayu. Ada dua jenis tukul, iaitu tukul, iaitu tukul kuku dan tukul bonggol baji Warrington. Tukul kuku mempunyai bahagian berkuku bagi mengeluarkan paku dari benda kerja.
honeycomb stingraypari rimauPerikananTiadaIkan pari daripada famili Dasyatidae, spesies Himantura uarnak. Pari rimau berbintik dan berwarna kebiru-biruan. Ikan ini bersifat demersal dan mempunyai tabiat membenamkan badan ke dalam pasir berdekatan pantai atau teluk. Ikan ini amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Sinonim pari bunga.

Kembali ke atas