Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membenarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rectifierrektifierFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanKomponen litar tak linear yang membenarkan arus untuk mengalir lebih pada satu arah berbanding dengan arah yang lain. Secara unggul komponen tersebut membenarkan arus mengalir pada satu arah tanpa halangan tetapi tidak membenarkan arus untuk mengalir pada arah yang berlawanan.
semipermeable membraneselaput semitelapFizikHabaSelaput yang membenarkan pelarut melaluinya tetapi tidak membenarkan sebatian terlarut atau koloid.
permeable membranemembran telapKimiaBiokimiaMembran yang membenarkan cecair, molekul atau ion zat terlarut melaluinya tetapi tidak membenarkan zarah berukuran koloid atau lebih.
pin jointsendi cematMekanikGunaanSendi yang membenarkan putaran pada titik sambungan anggota-anggota struktur tetapi tidak membenarkan gerakan nisbi linear. Sendi ini menerbitkan daya tindak balas untuk merintangi kecenderungan bergerak secara linear tetapi tidak boleh menerbitkan sebarang momen tindak balas untuk menghalang putaran nisbi. Sendi cemat biasanya dibentuk daripada satu cemat yang dimasukkan ke dalam lubang yang berada pada anggota-anggota yang tersambung itu. ada juga sambungan jenis lain yang boleh diambil sebagai sendi cemat untuk tujuan analisis kerana memiliki ciri yang diperihalkan tadi, misalnya sambungan kimpalan.
virtual machinemesin mayaTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang membenarkan suatu mesin (komputer) melaksanakan atur cara seolah-olah pada mesin sebenar. Mesin maya dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan kegunaan dan padanan pada sebarang mesin sebenar. Contoh kategori kegunaan dalam mesin maya ialah perisian membenarkan aplikasi Java untuk dilaksanakan pada komputer apabila pembangun membangunkan atur cara dalam bahasa pengaturcaraan Java. Contoh kategori padanan dalam mesin maya pula ialah perisian membenarkan sistem pengendali Linux digunakan pada mesin sebenar yang menggunakan sistem pengendali Windows.
opacitykelegapanBiologiEkologiDarjah kekaburan cahaya, misalnya cermin tingkap yang mempunyai kelegapan kosong membenarkan semua cahaya menembusinya, manakala dinding yang mempunyai kelegapan 100% tidak membenarkan cahaya menembusinya.
Internet SCSI (iSCSI)Internet SCSI (iSCSI)Teknologi MaklumatPerisianProtokol yang membenarkan pelanggan menghantar perintah SCSI kepada storan SCSI pada pelayan jauh. Protokol ini merupakan protokol SAN yang sangat terkenal yang membenarkan organisasi menjimatkan storan kerana menggunakan tatasusunan storan pusat. Tatasusunan ini juga menyediakan hos seperti pangkalan data dan pelayan web. Internet SCSI boleh dilaksanakan secara jarak jauh dengan menggunakan prasarana rangkaian yang sedia ada, manakala saluran gentian memerlukan pengkabelan tugas khas.
semipermeable membranemembran separuh telapKimiaBiokimiaMembran berstruktur mikroliang asli atau tiruan yang hanya membenarkan molekul-molekul kecil seperti air, ion dan beberapa pelarut tertentu melaluinya tetapi tidak membenarkan molekul seperti kanji atau zarah-zarah koloid. Membran ini bertindak sebagai turas atau tapis yang sangat berkesan.
leaky confiningtertekan bocorGeografiTiadaBerkaitan dengan sifat bahan yang tidak begitu telap untuk membenarkan air atau mata air mengalir secukupnya ke perigi secara berkesan, tetapi menyimpan air dan mungkin membenarkan air atau mata air mengalir secukupnya bagi membolehkan pengaliran yang bererti ke akuifer.
coefficient of uniformitypekali keseragamanKejuruteraanKejuruteraan BangunanFaktor yang menggambarkan penggredan bahan, iaitu nisbah di antara saiz ayak yang membenarkan 60% daripada bahan melepasinya berbanding dengan saiz ayak yang hanya membenarkan 10% daripada bahan melepasinya.
12345678910...

Kembali ke atas