Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membendung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preformed band techniqueteknik gegelang siap bentukPergigianTiadaTeknik membendung bahan restorasi dengan menggunakan gegelang yang telah dibentuk mengikut anatomi gigi yang dirawat. Gegelang yang diperbuat daripada plastik akan dipasang pada pemegang gegelang dan digunakan untuk membendung bahan restorasi resin semasa pemadatannya. Setelah bahan restorasi resin set sepenuhnya, gegelang akan ditanggalkan daripada permukaan gigi.
dental folliclefolikel gigiPerubatanTiadaStruktur yang membendung gigi sebelum pengeruptan, iaitu pembendung sak gigi dan isinya.
frontingpendepananPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan syarikat mengesid akan membendung sebahagian kecil daripada sesuatu risiko dan menginsuranskan sebahagian besar daripada risiko tersebut dengan satu atau beberapa reinsurer.
enclosed laser deviceperanti laser bendungKejuruteraanTiadaPeranti yang membendung laser atau sistem laser bagi mencegah sinaran laser daripada terkeluar.
impression trayceper impresiPerubatanTiadaCeper yang digunakan untuk membawa, membendung dan mengawal bahan impresi semasa mengambil impresi.
storm water retentionpembendungan air hujanLandskapTiadaProses mengumpul dan membendung air hujan yang lebat supaya dapat digunakan semula.
cusped geometrygeometri juringKejuruteraanTiadaBentuk asas konfigurasi medan magnet yang membendung dalam penyelidikan termonukleus.
heat retention thermostattermostat pengekal kepanasanSosiologiTiadaTermostat yang digunakan untuk membendung haba.
celluloid stripstrip seluloidPergigianTiadaKepingan kertas atau plastik nipis yang digunakan untuk membendung dan memadatkan bahan restorasi resin ke dalam kaviti mengikut bentuk kontur permukaan gigi. Strip ini mempunyai kelebaran antara 0.5-0.10 mm.
condensationpemeluwapanSainsHidrometeorologiPembentukan cecair daripada wap air. Oleh sebab kapasiti udara untuk membendung air dalam bentuk wap menjadi berkurangan dengan pengurangan suhu, maka penyejukan udara adalah cara biasa terjadinya pemeluwapan yang bermula dengan penghasilan ketepuan. Penyejukan demikian dipengaruhi oleh tiga proses utama, iaitu pengembangan adiabatik udara menaik; percampuran dengan udara yang suhunya lebih rendah; dan sentuhan dengan permukaan bumi yang bersuhu lebih rendah. Wap air memeluwap menjadi awan dalam kes pertama; menjadi kabut atau awan dalam kes kedua; dan menjadi embun atau ibun beku dalam kes ketiga. Pemeluwapan di atmosfera berlaku pada atau berhampiran suhu yang berpadanan dengan tekanan wap tepu yang ditakrifkan sebagai keseimbangan antara wap tersebut dan satah permukaan air, kerana adanya bekalan nukleus pemeluwapan yang cukup dan berhigroskopi di semua bahagian dalam troposfera. Dalam ketiadaan nukleus sedemikian, aditepu tinggi (beberapa peratus) diperlukan untuk mewujudkan pemeluwapan � ini dinamaka
12

Kembali ke atas