antihaemorrhagic | pengantidarahan | Kimia | Tiada | 1. Bahan yang mencegah atau memberhentikan perdarahan. 2. Memberhentikan perdarahan. |
damping magnet | magnet redaman | Teknik | Elektrik | Sebarang magnet yang digunakan untuk memberhentikan pergerakan sesuatu objek, yang dibuat daripada bahan magnet. Contoh kegunaan magnet jenis ini adalah pada peralatan ukuran untuk memberhentikan jarum meter setelah terpesong pada sesuatu bacaan. |
withdrawal period | tempoh penarikan | Veterinar | Tiada | Tempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian sesuatu bahan di dalam makanan ternakan yang sekiranya ternakan tersebut dimanfaatkan oleh manusia boleh mengakibatkan kesan sampingan. Contoh bahan yang biasa ditambah ke dalam makanan haiwan ialah antibiotik dan ubat cacing. Tempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian tersebut bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Pemberian sesuatu antibiotik di dalam makanan atau minuman perlu diberhentikan dua minggu sebelum ternakan disembelih. Bagi lembu tenusu yang disuntik antibiotik ke dalam puting teteknya, susu yang dihasilkan oleh ternakan tersebut tidak boleh digunakan oleh manusia dalam tempoh tertentu. |
dynamic braking | pembrekan dinamik | Teknik | Elektrik | Kaedah untuk memberhentikan motor dengan segera tanpa penggunaan brek mekanik ketika bekalan diputuskan. Bagi motor a.t. pembrekan dilakukan dengan menyambung perintang selari dengan angker ketika bekalan motor diputuskan. Motor ini akan bertukar menjadi penjana dengan perintang sebagai bebannya. Penjana memerlukan arah yang bertentangan dengan arah motor untuk memberhentikan motor. Motor tiga fasa pula diberhentikan dengan memberikan bekalan arus terus kepada salah satu belitannya. |
click drag | tarikan sentak | Perikanan | Tiada | Cara memberhentikan daya tarik sentakan ikan melalui sistem mekanikal yang terdapat pada gelendong. Sistem mekanikal ini akan tersentak secara automatik apabila gelendong disentap dan bunyi klik akan dihasilkan oleh gigi gear kekili gelendong apabila tali ditarik oleh ikan. |
layoff | henti kerja sementara | Pentadbiran | Tiada | Tindakan memberhentikan secara sementara atau tetap seorang pekerja atau tenaga kerja. |
orderly close-down | tutup terus tertib | Kejuruteraan | Tiada | Memberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula. |
vertical hold | penahan tegak | Sosiologi | Tiada | Kawalan untuk memberhentikan gulingan gambar. |
silver cyanide | argentum sianida | Perubatan | Tiada | , berciri racun dan boleh memberhentikan pernafasan sel. |
temporary stoppage | henti sementara | Sukan | Tiada | Keadaan apabila penjaga masa memberhentikan masa perlawanan atas sebab-sebab tertentu setelah mendapat arahan daripada pengadil. |